14 Ogos 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Jamuan Perpisahan sempena pertukaran Ketua PKG Daerah, En Ramli bin Ismail ke PKG Seri Payong. Jamuan ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran PTP PKG P.Serai, En Amir bin Jaafar yang telah bertukar ke PKG Teruntum,Pahang. Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak PKG telah menjemput Pegawai VOTEK,PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Jamuan ini telah diadakan secara santai di UiTM Dungun.
Sunday, August 14, 2016
Sunday, July 17, 2016
MESYUARAT PELAPORAN SKT SETENGAH TAHUN PKG DAERAH DUNGUN 2016
14 Julai 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Mesyuarat Pelaporan Aktiviti Setengah Tahun 2016 bertemapt di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini melibatkan semua pegawai dan staf PKG Daerah Dungun. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan dan membincangkan aktiviti yang akan dijalankan bagi setengah tahun kedua 2016. banyak isu dan permasalahan yang telah dibincangkan dan mendapat kesepakatan dalam memastikan kecemerlangan sekolah-sekolah ahli. Selepas selesai mesyuarat, warga PKG Daerah Dungun diserikan dengan pelbagai hidangan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Semoga jamuan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga PKG Daerah Dungun.
Wednesday, June 29, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA GPM BIL 2 & BENGKEL PENGURUSAN ASAS TVPSS DAERAH DUNGUN 2016
11 Julai 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Bil 2 & Bengkel Pengurusan Asas TVPSS Daerah Dungun. Semua GPM sekolah menengah Daerah dungun terlibat dalam bengkel ini. Pihak PKG telah menjemput Tuan Haji Akram@Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit, UPSP, BTPNT) dan En Badru Hishan bin Mohd Zin ( PTP, UPSP, BTPNT) sebagai Fasilitator dalam menjayakan bengkel ini. Pihak PKG juga menjemput GPM SMK Ketengah Jaya ( Pn Yusliza bt Yusof ) dan GPM SMK Paka ( En Kamal Mizan bin Abdullah ) untuk membentangkan perkongsian TVPSS sekolah mereka yang telah berjaya diadakan. Semua GPM begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan hasrat dan saranan UPSP,BTPNT dalam mewujudkan TVPSS di sekolah-sekolah negeri Terengganu.
PROGRAM #MALAYSIA NGAJI 2016..#PKG SERI DUNGUN NGAJI 2016
29 Jun 2016 - Sebagai tanda menyokong PROGRAM #MALAYSIANGAJI 2016 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU anjuran PPAT, Pegawai dan staf PKG Seri Dungun turut mengadakan Program #PKGSDNGAJI 2016 pada jam 12.00 tgh. Semoga program seumpama ini terus diadakan bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Monday, April 4, 2016
LAWATAN PENANDA ARAS JKPA & GPM PKG SERI DUNGUN 2016
23 Mac 2016 - Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti ( JKPA )PKG Seri Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke SMA Maarif, Besut. Lawatan ini telah melibatkan seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada semua Pengetua & Guru Besar serta GPM sekolah ahli PKG Seri Dungun.
Walaupun lawatan ini diadakan selama satu hari tetapi ia telah memberi banyak input kepada PGB dan GPM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan PSS sekolah ahli. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama warga SMA Maarif sedikit sebanyak memberi inspirasi dalam merealisasikan PSS cemerlang abad ke-21.
Semoga jalinan ilmu antara sekolah ahli PKG Seri Dungun dan warga SMA Maarif semakin erat dalam perkongsian idea dan pendapat selepas ini. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





