"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, October 25, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS JKPA (KLUSTER PAK 21) 2018

Kluster PAK 21 JKPA PKG Seri Dungun telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke SMK Kerteh, Kemaman pada 23 Oktober 2018. Lawatan ini diadakan bagi perkongsian berkaitan pembestarian sekolah memandangkan sekolah berkenaan merupakan wakil negeri Terengganu dalam pertandingan Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan ( Kategori SM ) 2018. Lawatan ini melibatkan barisan pentadbir dan Penyelaras VLE sekolah ahli PKG Seri Dungun. Banyak perkongsian dan info yang diperolehi dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang ICT dan penggunaan VLE  yang diperolehi dan diaplikasikan di peringkat sekolah ahli nanti.


 Selepas sesi lawatan, satu pertandingan bowling telah diadakan di Pusat bowling Mesra Mall, Kemasik. Pertandingan ini diadakan antaranya  bagi mengukuhkan lagi ukhwah antara pentadbir dan penyelaras VLE sekolah ahli. disamping memberi penghargaan terima kasih serta merehatkan minda guru-guru VLE kerana bekerja keras dalam memastikan KPI VLE dapat dicapai dan juga  membudayakan VLE di sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua warga  SMK Kerteh dan semua yang terlibat dalam memastikan lawatan ini dapat diadakan dengan jayanya.

Wednesday, October 24, 2018

BENGKEL PEMANTAPAN TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2018


Bagi memastikan Tokoh NILAM Daerah Dungun lebih bersedia untuk bersaing dalam Anugerah NILAM Negeri Terengganu, PKG Daerah Dungun telah mengadakan Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM pada 23 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Seramai 5 orang Fasilitator yang terlibat. Tokoh NILAM dibantu dalam emmantapkan lagi keyakinan diri, penampilan diri, keupayaan dalam pengucapan awam dan juga berpeluang berjumpa Tuan Timbalan PPD bagi mendengar suntikan semangat dalam emmbawa nama Daerah Dungun ke persada NILAM Negeri Terengganu. Semoga TOKOH NILAM Daerah Dungun berjuang dengan bersungguh-sungguh dan menjadi permata NILAM Negeri Terengganu...Amin. Terima aksih juga kepada semua fasilitator yang bersama-sama  menjayakan bengkel ini.

Thursday, October 18, 2018

ANUGERAH NILAM DAERAH DUNGUN 2018



Pada 17 Oktober 2018, Anugerah NILAM Daerah Dungun telah diadakan secara dalaman di PKG Seri Dungun. Seramai 20 orang peserta yang telah tersenarai pendek selepas pemilihan diadakan melalui  Anugerah NILAM PKG Daerah Dungun. Tokoh NILAM Daerah setiap kategori akan mewakikli daerah Dungun ke peringkat Anugerah NILAM Negeri Terengganu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Monday, October 15, 2018

ANUGERAH NILAM PKG SERI DUNGUN 2018



Pada 8 hb dan 11 Oktober 2018, PKG Seri Dungun telah mengadakan Anugerah NILAM bagi murid Tahun 5 dan Tingkatan 5. Pemilihan ini diadakan lebih awal bagi memberi ruang dan masa yang lebih lama untuk memantapkan lagi calon NILAM yang mewakili negeri Terengganu pada awal 2019 nanti. Pemilihan peringkat sekolah rendah diadakan di PKG Seri Dungun dan peringkat sekolah menengah di PKG Pulau Serai. Seramai 4 orang hakim yeng terdiri daripada guru-guru sekoalh ahli dipilih bagi melancarkan lagi proses pemilihan. Tahniah kepada peserta yang terlibat ke peringkat Anugerah NILAM Daerah Dungun.

Tuesday, October 2, 2018

MESYUARAT JKPA PKG SERI DUNGUN BIL 2 2018



 Mesyuarat JKPA Bil 2 2018 telah diadakan pada 1 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh. Banyak perbincangan dan kata muafakat yang diperolehi sepanjang mesyuarat ini dalam memeperkasakan fungsi JKPA bagi memastikan kecemerlangan sekolah ahli PKG Seri Dungun.