"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Monday, March 19, 2018

TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU KATEGORI SRBI 2018


Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan tahniah dan syabas kepada Adik Siti Sarah  Adriana binti Abdul Rahim  kerana telah dinobatkan sebagai TOKOH NILAM SRBI NEGERI TERENGGANU 2018. Selamat berjuang dan semoga berjaya  membawa nama Daerah Dungun dan Negeri Terengganu ke persada Anugerah NILAM Kebangsaan 2018. TAHNIAH DAN SYABAS..
.

ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU 2018



Segala debaran telah  berakhir. Selama 2 hari calon NILAM berkampung di BTPN Terengganu bagi menyelesaikan misi mengejar gelaran TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU 2018. Anugerah ini telah diadakan pada 14 dan 15 Mac 2018. Tahniah kepada keempat-empat wakil Daerah Dungun atas kesungguhan dalam membawa nama DUNGUN CEMERLANG ke persada Anugerah NILAM Negeri Terengganu. Anda semua adalah PERMATA NILAM DAERAH DUNGUN. Kami bangga dengan semangat juang anda.