"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Monday, March 27, 2017

PERTANDINGAN STORYTELLING ANIMATION 2017




Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganurkan pertandingan Digital Story Telling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi/ICT dalam PdP.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
Sekolah yang berminat boleh dapatkan  maklumat juga dengan memuat turun menerusi portal BTP,KPM di pautan berikut:http://btp.moe.gov.my/btp/index.php/home/activity/17  atau di portal KPM (www.moe.gov.my) di ruangan pemberitahuanPenyertaan hendaklah dihantar melalui BTPN Terengganu sebelum dipanjangkan ke peringkat kebangsaan. 

BENGKEL VERIFIKASI DATA NILAM DITAMBAHBAIK SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017



Bengkel Verifikasi Data NILAM Sekolah Ahli PKG SEri Dungun telah diadakan pada 27 Mac 2017 bertempat di PKG Seri Dungun. Bengkel ini melibatkan 21 orang Guru NILAM semua sekolah ahli. Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah memberi pendedahan penggunaan template baru bagi pengisian data bacaan NILAM DITAMBAHBAIK pelajar. Semua guru menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam memastikan perjalanan bengkel berjalan dengan lancar. Bengkel ini dikendalikan oleh PTP PKG Seri Dungun dengan bantuan bersama PTP PKG Pulau Serai dan PTP PKG Paka. Pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.


SILA  HUBUNGI PTP PKG SERI DUNGUN UNTUK MUAT TURUN BAHAN DI BAWAH :

BAHAN SR  :  TEMPLATE NILAM SEKOLAH RENDAH 2017
BAHAN SM :  TEMPLATE NILAM SEKOLAH MENENGAH 2017

Sunday, March 19, 2017

KURSUS VLE ( MODUL PIE ) GURU-GURU SK BALAI BESAR


Satu Kursus VLE telah dianjurkan pada 19 Mac 2015 bertempat di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru berkaitan penggunaan Modul PIE dalam PdP. Sepanjang kursus diadakan, guru menunjukkan minta dan kesungguhan untuk mempelajari modul PIE ini. Kursus ini dianjurkan oleh PKG Seri Dungun dengan kerjasama GPB sekolah berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi ini nanti akan dikongsi kepada rakan-rakan guru yang lain dalam memastikan KPI penggunaan VLE tercapai.

Sunday, March 12, 2017

TAKLIMAT PETUGAS MEDIA TVPSS DAERAH DUNGUN SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD 2017




Taklimat petugas media ini telah diadakan pada 8 Mac 2017 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun. Taklimat ini telah disampaikan oleh En Mohd Sofian bin mustaffa, PTP PKG Paka. Taklimat ini bertujuan untuk memnberi gambaran awal perjalanan Krew TVPSS sekolah-sekolah daerah dungun sepanjang program berkenaan berlangsung. Selain itu, krew-krew TVPSS yang terlibat telah dibahagikan jadual dan masa mengikut kumpulan bagi memastikan perjalanan dokumentasi berjalan dengan lancar dan tersusun. Objektif utama penglibatan Krew TVPSS pada tahun ini untuk memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar dalam memantapkan pengurusan dan pengendalian TVPSS sekolah masing-masing.

Wednesday, March 8, 2017

BENGKEL PEMANTAPAN TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2017






Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Daerah Dungun 2017 telah diadakan  di Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun dengan jayanya pada 8 Mac 2017. Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM ini bertujuan untuk memurnikan dan memantapkan lagi  kemahiran yang perlu ada pada calon-calon Tokoh NILAM yang akan mewakili Daerah Dungun ke peringkat Anugerah NILAM Negeri Terengganu 2017. Bengkel  ini telah dijalankan oleh lima orang fasilitator yang terdiri daripada panel hakim NILAM Daerah Dungun. Semoga calon-calon NILAM menerpa nama di arena ANUGERAH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017 yang akan diadakan pada 14-16 Mac 2017 bertempat di BTPN Terengganu. GOOD LUCK ....