"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Friday, August 10, 2018

BENGKEL PENGISIAN SSQS ( DOMAIN PSS ) & PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE 2018


Bagi memastikan pengisian SSQS bagi domain PSS lebih lancar, PKG Seri Dungun telah melaksanakan pengisian secara berkelompok. Bengkel ini diadakan pada 9 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun. Objektif utama pengisian secara berkelompok ini bertujuan agar semua GPM dapat memahami setiap item pada instrumen SSQS dan dapat membuat pengisian dengan lebih yakin dan telus bagi mengelakkan pengisian yang kurang tepat dalam membantu  peningkatan markah SSQS. Di samping itu, pendedahan dapat diberikan secara terus kepada GPM lantiikan baru.

Wednesday, August 8, 2018

BENGKEL KHIDMAT BANTU SMASID (CALON APSSNT KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2018)


SMA Sultan Ismail Dungun telah terpilih mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2018. Bagi bersama-sama membantu persediaan sekolah berkenaan, pihak PKG telah mengadakan khidmat bantu sebanyak dua kali iaitu siri pertama pada 17 dan 18 Julai 2018 manakala siri kedua pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018. Khidmat bantu ini melibatkan 16 orang GPM sekolah ahli yang terpilih. Pihak PKG merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada JU PSS Daerah Dungun, Pn Hjh Salina bt Jumaah ( GPM SMKTIZ) dan semua GPM yang terlibat. Semoga SMASID beroleh kejayaan dalam APSSNT 2018.  Selamat berjuang.
#Dungun Cemerlang
# PSS Dihatiku.