Tuesday, January 31, 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG SERI DUNGUN BIL 1/ 2017




 6 FEBRUARI 2017 - Mesyuarat JKPA PKG Seri Dungun Bil 1/2017 telah berjaya diadakan mengikut perancangan, Tentatif awal, mesyuarat secara daerah diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi yang dirasmikan oleh En. Nize bin Muhammad ( Ketua Unit, UPS, BTPNT ). Turut hadir bersama Tn Akram @ Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit UPSP ) dan En che Mohd Yusri bin Che Hassim ( Pegawai TVET, PPD Dungun ). Dalam mesyuarat berkenaan banyak dapatan dan perancanagn yang telah dibentangkan. Selain itu, dalam majlis berkenaan juga telah disampaikan sijil penghargaan bagi sekolah yang mendapat 5 Bintang Penarafan PSS ( Domain GPM dalam SSQS ) bagi tahun 2016. Pada jam 11.00 pagi, mesyuarat JKPA mengikut PKG telah diadakan secara berasingan mengikut PKG bagi membincangkan permasalahan dan perancangan sekolah ahli. Dalam mesyuarat ini juga didedahakn dengan panduan pengoperasian baru PKG. 



MUAT TURUN >>DISINI<<

Tuesday, January 10, 2017

PEMANTAUAN DAN VERIFIKASI PENCALONAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2016



Sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016, beberapa buah sekolah Ahli PKG Seri Dungun telah terpilih mewakili PKG Daerah Dungun yang telah dipantau dan diverifikasi pada 9 dan 10 Januari 2017 baru-baru ini bagi kategori-kategori  berikut.;

1. SM SAINS DUNGUN - Anugerah Pengurusan Pembestarian SSQS Terbaik
2. SMK TENGKU INTAN ZAHARAH - Anugerah Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Terbaik  ( Sekolah Menengah )
3. KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN - Anugerah Pengurusan Pusat Akses Terbaik
4. SK BALAI BESAR - Anugerah Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Terbaik ( Sekolah Rendah )

Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan TAHNIAH dan semoga ada rezeki kejayaan sekolah-sekolah berkenaan pada hari anugerah itu nanti..INSYAALLAH...

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH (KATEGORI SEKOLAH RENDAH ) 2017

Nama program PENILAIAN ANUGERAH PSS NEGERI TERENGGANU (KATEGORI SR ) 2017 Aktiviti Penghakiman  Pusat Sumb...