"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, January 31, 2019

MESYUARAT JKPA DAERAH DUNGUN BIL 1 2019


NAMA
MESYUARAT JKPA PKG DAERAH DUNGUN
TARIKH
31 JANUARI 2019
TEMPAT
DEWAN CEMARA,UiTM CAWANGAN DUNGUN
MASA
9.00 PAGI – 2.00 PETANG
SASARAN
PENTADBIR SEKOLAH DAERAH DUNGUN
JEMPUTAN PERASMI
EN AHMAD JADID BIN JUSOH ( PENOLONG PENGARAH, UPKP BTPNT)
JEMPUTAN VIP
TUAN TIMBALAN PPD DUNGUN, PEGAWAI TVET PPD DUNGUN, PEGAWAI PERHUBUNGAN PKG
OBJEKTIF
1.       MELAPORKAN AKTIVITI DAN PENCAPAIAN KPI PEMBESTARIAN 2018
2.       MEMBINCANGKAN PERANCANGAN SEKOLAH DAERAH DUNGUN DALAM PEMBESTARIAN SEKOLAH BAGI TAHUN 2019

Thursday, January 24, 2019

ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN TERENGGANU 2018



Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2018 telah diadakan pada 23 Januari 2019 bertempat di  Dewan Besar BTPNT. Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada warga BTPNT dan PKG yang cemerlang  sepanjang tahun 2018. Alhamdulillah PKG Seri Dungun telah menerima dua anugerah iaitu Pengerusi JKPA Terbaik dan PKG Penggerak PSS. Penyampaian Anugerah telah disampaikan oleh  Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tn Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussin. Semoga pengiktirafan ini akan dijadikan titik tolak untuk lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah kepada Tuan Hj Awang bin Junoh ( Pengerusi JKPA PKG Seri Dungun ) dan semua warga PKG Seri Dungun. atas anugerah yang telah diperolehi.

Monday, January 14, 2019

AMANAT MENTERI PENDIDIKAN TAHUN 2019

 
Tajuk : Pendidikan Untuk Semua, Tanggungjawab Semua
14 Januari 2019 (Isnin)
Universiti Putra Malaysia



MUAT TURUN TEKS UCAPAN

Sunday, January 13, 2019

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DAERAH DUNGUN BIL 1/2019


Tahun 2019, bawah pucuk pimpinan Ketua PKG Daerah Dungun lantikan baru, En Namizam bin Ngah telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Dungun Bil 1/2019. Mesyuarat ini telah diadakan pada 13 Januari 2019 bertempat di Shahida Lee Kitchen, Dungun. Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Pegawai Perhubungan PKG, En Mat Azam bin Othman (Pegawai VOTEK PPD Dungun). Fokus perbincangan lebih kepada pencapaian 2018 dan perancangan aktiviti 2019. Di samping itu, pengerusi turut memberi pencerahan berkaitan SKT dan KPI 2019. Mesyuarat berkenaan ditangguhkan pada jam 1.00 petang. Semoga perjalanan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut perancangan.