"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, January 24, 2019

ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN TERENGGANU 2018



Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2018 telah diadakan pada 23 Januari 2019 bertempat di  Dewan Besar BTPNT. Program ini diadakan bagi memberi pengiktirafan kepada warga BTPNT dan PKG yang cemerlang  sepanjang tahun 2018. Alhamdulillah PKG Seri Dungun telah menerima dua anugerah iaitu Pengerusi JKPA Terbaik dan PKG Penggerak PSS. Penyampaian Anugerah telah disampaikan oleh  Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tn Hj Shafruddin bin Hj Ali Hussin. Semoga pengiktirafan ini akan dijadikan titik tolak untuk lebih cemerlang di masa akan datang. Tahniah kepada Tuan Hj Awang bin Junoh ( Pengerusi JKPA PKG Seri Dungun ) dan semua warga PKG Seri Dungun. atas anugerah yang telah diperolehi.

No comments:

Post a Comment