"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Tuesday, January 30, 2018

PERKONGSIAN BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH





                                                                  KLIK SINI

Tuesday, January 23, 2018

LAWATAN LOKASI AUDIT SIRIM ISO BAGI PELAKSANAAN PROGRAM KBPSS 2017



Auditor SIRIM, Cik Noraidah bagi Pensijilan Semula Audit SIRIM BTPNT telah memilih SK Batu 48 sebagai sample lokasi  bagi memantau dan membuat pemverifikasian Pelaksanaan Dokumen Kualiti PKP02 (KBPSS) 2017. Lawatan ini telah diadakan pada 22 Januari 2018. Semua proses pemverifikasian berjalan dengan lancar. Auditor berpuashati dengan pelaksanaan program berkenaan mengikut proses alir kerja yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan.

Sunday, January 21, 2018

MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI PKG-PPD DAERAH DUNGUN 2018




Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG-PPD Daerah Dungun 2018 telah diadakan pada 18 Januari 2018 bertempat di PKG Pulau Serai. Mesyuarat ini melibatkan Pegawai TVET PPD, Penyelia ICT PPD, PTP PKG Daerah Dungun dan Pengerusi JKPA PKG Daerah Dungun. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perjalanan program dan aktiviti sekolah Daerah Dungun. Sekali itu, mesyuarat ini turut membincangkan strategi dan perancangan  untuk kecemerlangan sekolah yang  meliputi semua aspek. Gabungan dan kebersamaan dalam aktiviti serta program antara PPD-PKG ini diharapkan dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah Daerah Dungun,

Thursday, January 18, 2018

LAWATAN KERJA BERSAMA TUAN KPP KE SEKOLAH CALON APSSK 2018




Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Dungun telah bersama-sama Tuan KPP BTPNT, Tuan Hj Alias bin Talib telah melawat sekolah calon APSSK 2018 iaitu SK Ladang gajah Mati dan SMK Ketengah Jaya. Lawatan ini telah diadakan pada 16 Januari 2018. Turut bersama-sama lawatan kali ini ialah Ketua Unit UPSP, Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid Pegawai TVET dan Penyelia ICT PPD Dungun turut meluangkan masa bersama -sama dalam lawatan ini. FoKus utama lawatan ini diadakan bagi meninjau perkembangan persiapan APSSK disamping mengumpul dapatan berkaitan  keperluan sekolah yang perlu diambil tindakan segera oleh pihak JPNT dan PPD bagi memastikan perjalanan program PSS berjalan dengan lancar sebagai persiapan APSSK nanti.

Wednesday, January 17, 2018

KHIDMAT BANTU ICT SK PUSAT DUNGUN



Khidmat Bantu  ICT telah dijalankan di Makmal Komputer SK Pusat Dungun pada 15 Januari 2018. Khidmat bantu ini  diketuai oleh Juruteknik PKG Seri Dungun, Cik Adibah binti Abdul Hamid dan dibantu oleh Juruteknik PKG Paka dan PKG Pulau Serai. Khidmat bantu ini diadakan untuk mengenalpasti permasalahan pendawaian dan rangkaian LAN agar dapat berfungsi dengan baik untuk kegunaan PdPC. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Saturday, January 6, 2018

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DAERAH DUNGUN BIL 1 2018

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Dungun Bil 1/ 2018 telah diadakan pada 3 Januari 2018 bertempat di PKG Paka. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan strategi dan perancangan aktiviti daerah bagi tahun 2018. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan berkaitan dapatan 2017 yang perlu dibuat penambahbaikan bagi memantapkan lagi program dan aktiviti 2018. En Zulkifli bin Mohd Ghani selaku Ketua PKG Daerah telah mempengerusikan mesyuarat ini. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 2.00 petang.