"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Tuesday, April 24, 2018

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA 2018

Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun telah berkolaboratif dengan Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah menjayakan Program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2018 pada 24 April 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Seramai 100 orang pelajar dan 20 orang guru dari sekolah ahli sekitar Dungun telah dijemput bersama-sama menjayakan program ini. Selain daripada aktiviti membaca bersama 10 minit, beberapa program telah diadakan iaitu pertandingan mewarna bagi sekolah rendah dan pertandingan melukis poster bagi sekolah menengah. Pemenang-pemenang diberi hadiah yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan. En Azman bin Ali, Fasilinus Literasi,PPD Dungun telah merasmikan mahlis penutup program berkenaan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama staf Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Semoga kolaboratif seumpama ini dapat diteruskan untuk program-progam yang lain.

Wednesday, April 11, 2018

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ASAS PSS PERINGKAT PKG SERI DUNGUN 2018



JK Kluster PSS, JKPA PKG Seri Dungun telah berkolaboratif bersama Perpustakaan Awam Daerah  Dungun dan Perpustakaan Desa Zon 9 telah berjaya menganjurkan kursus berkenaan pada 11 April 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Kursus ini melibatkan 101 orang Pengawas PSS dan 20 orang GPM sekolah ahli PKG Seri Dungun. Fasilitator yang terlibat ialah Pn Siti Rafiah bt Harun, Ketua Unit, Pusat Sumber Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Pn Khasidah bt Mamat, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Awam Daerah Dungun dan Pn Norruby binti Abdul Wahab, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Desa Zon 9.Tiga slot LDK yang telah dijalankan. LDK 1 : Profesionalisme Pengawas PSS, LDK 2 : Jejak Maklumat dan LDK 3 : Pengurusan Bahan Dan Literasi Media & Maklumat. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pengawas PSS berkaitan Pengurusan PSS, Pengurusan Bahan dan Perkongsian Literasi Maklumat. Selain itu, peserta juga berpeluang menjalinkan ukhwah antara pengawas PSS yang berlainan sekolah dan berlaku perkongsian pintar dalam memartabatkan PSS Abad 21. Di samping itu juga peserta juga dapat memupuk budaya kerjasama dan jati diri serta semangat kepimpinan dalam diri. Semoga impak daripada program ini dapat melahirkan pengawas PSS yang berketrampilan dan berkepimpinan dan membantu Pusat Sumber Sekolah yang lebih cemerlang.

Monday, April 9, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS JKPA KE SMK PAKA



JKPA PKG  Seri Dungun di bawah Kluster PSS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Paka. Lawatan ibi telah diadakan pada 3 April 2018. Lawatan ini dianjurkan bagi berkongsi dapatan berkaitan pengurusan 3K memandangkan SMK Paka telah menerima Anugerah Pengurusan 3K Terbaik Peringkat Kebangsaan 2017. Selain itu, Penyelaras TVPSS sekolah ahli turut menyertai lawatan ini bagi melihat perjalanan dan pengurusan cemerlang PKTV setelah menerima  Tempat Kedua Anugerah TVPSS Terbaik  Negeri Terengganu 2017 dan Johan Pertandingan Video sempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Banyak input-input yang dapat dikongsikan sepanjang lawatan ini. Selepas lawatan ke SMK Paka, peserta lawatan telah mengadakan perlawanan bowling bagi mengeratkan hubungan antara pentadbir dan penyelaras TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun. Team Bowling SMK Paka turut dijemput dalam perlawanan bowling ini. Semoga input yang dikongsikan dapat diaplikasikan diperingkat sekolah masing-masing dalam memeperkasakan lagi pengurusan sekolah terutama dalam pengurusan TVPSS.