"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Sunday, December 31, 2017

SOROTAN 2017


Beberapa pic kenangan sepanjang perjalanan program dan kejayaan 2017. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama warga sekolah ahli dan PKG Seri Dungun. Semoga 2018 PKG Seri Dungun akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..amin..SELAMAT TINGGAL 2017!!

Wednesday, December 20, 2017

PENARAFAN PKG 2017


Penarafan PKG Negeri Terengganu bagi 2017 sedang dijalankan. PKG Seri Dungun telah selesai dibuat penarafan pada 21 Disember 2017 jam 2.00 petang. Pegawai Pemantau terdiri daripada Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad yang menilai bidang pengurusan dan Pegawai Teknologi Pendidikan  UPS, En Ahmad Rafhan bin Mansor yang menilai bidang pengurusan Pusat Sumber Pendidikan PKG.  Sepanjang penarafan dibuat, banyak input dan cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan untuk kecemelangan  tahun-tahun akan datang. Terima kasih kepada pegawai penilai yang terlibat.

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SM SAINS DUNGUN



 Bengkel khidmat bantu ini telah diadakan pada 18-20 Disember 2017 di Pusat Akses SM Sains Dungun. Fokus utama khidmat bantu kali ini untuk  menaiktaraf pusat akses sekolah berkenaan.  Seramai 6 orang Juruteknik Daerah Dungun yang terlibat. Semoga Pusat Akses SM Sains Dungun dapat berfungsi dengan lebih cemerlang dan berwajah baru 2018.

Monday, December 11, 2017

BENGKEL E-SEMAKAN E-RPH BAGI PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017


Bengkel ini telah dianjurkan oleh Kluster PLC JKPA PKG Seri Dungun pada 29 November 2017 bertempat di FCR, SMK Balai Besar. Bengkel ini diadakan untuk memberi kemahiran dan pendedahan kepada semua pentadbir sekolah ahli PKG Seri Dungun berkaitan pengendalian terutama cara untuk membuat semakan e-RPH yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. Fasilitator yang terlibat adalah Fasilitator e-RPH Negeri Terengganu yang juga merupakan GPB sekolah ahli PKG Seri Dungun sendiri. Fasilitator yang terlibat ialah Cg Zazali bin Mohamad ( SM Sains Dungun), Cg Tarmizi bin Mohamed Adnan ( SMK Sura ) dan Cg Azhar bin Kodi ( KVD ). Semoga pelaksanaan e-RPH tahun 2018 dapat dilaksanakan dengan lancar. Melalui e-RPH ini akan membantu penggunaan VLE guru kerana pelaksanaannya melalui aplikasi Google Drive VLE. Syabas diucapkan kepada sekolah ahli PKG Seri Dungun kerana menyahut saranan BTPNT dan JPNT dalam pelaksanaan e-RPH 2018.

Wednesday, December 6, 2017

BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PUSAT AKSES 2017


Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Akses  telah diadakan pada 5 Disember 2017 bertempat di Kolej Vokasional Dungun. Bengkel ini melibatkan semua Juruteknik Daerah Dungun. Objektif utama bengkel ini memberi pendedahan kepada semua Juruteknik Sekolah Daerah Dungun berkaitan pengurusan pusat akses yang cemerlang. Pusat Akses Kolej Vokasional Dungun telah dipilih sebagai lokasi bengkel kerana pusat akses sekolah berkenaan telah dinobatkan sebagai Pusat Akses Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2017. Pn. Nooraznita bt Zakaria selaku Juruteknik Pusat Akses berkenaan telah dilantik  sebagai Fasilitator Utama dan dibantu oleh Juruteknik PKG Daerah Dungun untuk berkongsi tip-tip kecemerlangan pengurusan Pusat Akses di bawah seliaan beliau. Melalui bengkel ini, pihak PKG berharap perkongsian yang diterima dapat digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan Pusat Akses sekolah masing-masing. 

Tuesday, December 5, 2017

ANNUAL DINNER PKG DAERAH DUNGUN 2017


Julung-julung kalinya PKG Daerah Dungun telah berjaya mengadakan Majlis Annual Dinner PKG Daerah Dungun 2017. Majlis ini diadakan di Dewan Gadung, Hotel  UiTM Terengganu Cawangan Dungun. Objektif utama majlis ini adalah untuk memupuk silaturrahim sesama warga PKG dan bersuai kenal sesama ahli keluarga warga PKG. Antara agenda utamanya;
  • Tayangan Video Kejayaan Sekolah dalam Anugerah Pembestarian Sekolah 2017
  • Pertukaran Hadiah
  • Sambutan Hari Jadi Anak
  • Cabutan Bertuah 
  • Tayangan Video Sweet Moment PKG  2017




KECEMERLANGAN SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN SEMPENA ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017



Sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Terengganu 2017 yang telah diadakan pada 5 November 2017, alhamdulillah 3 buah sekolah ahli PKG Seri Dungun  iaitu SM Sains Dungun, Kolej Vokasioanl Dungun dan SK Batu 48 yang mewakili Daerah Dungun  telah mencatat  kejayaan cemerlang. Warga PKG Seri Dungun mengucapkan sekalung tahniah dan berharap agar kejayaan tahun ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada tahun-tahun akan datang.

Monday, November 20, 2017

ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017



TAHNIAH KEPADA SEMUA PENERIMA ANUGERAH..DUNGUN CEMERLANG 2017

KATEGORI
NAMA SEKOLAH
PENCAPAIAN
PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
PEMENANG
PENGURUSAN PUSAT AKSES TERBAIK
KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN
PEMENANG
PENARAFAN (SSQS) KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SM SAINS DUNGUN
TEMPAT PERTAMA
PENARAFAN (SSQS) KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
TEMPAT KEDUA
INOVASI ICT TERBAIK
SMK PAKA
PEMENANG
IKON GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA TERBAIK SEKOLAH MENENGAH
PUAN YUSLIZA BT YUSUF
SMK KETENGAH JAYA
PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SMK KETENGAH JAYA
PEMENANG
EPISOD TVPSS SEMPENA VISIT TERENGGANU 2017
SMK PAKA (PK TV )
TEMPAT PERTAMA
TVPSS TERBAIK KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK SEBERANG (NEMO TV)
TEMPAT KETIGA
TVPSS TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SMK KETENGAH JAYA
 (AN NAJWA TV)
TEMPAT PERTAMA
SMK PAKA (PK TV)
TEMPAT KEDUA
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH KURANG MURID
SK LADANG GAJAH MATI
TEMPAT PERTAMA
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH RENDAH
SK BATU 48
TEMPAT KEDUA
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
SMK KETENGAH JAYA
TEMPAT PERTAMA
PENGGUNAAN VLE TERBAIK KATEGORI SEKOLAH 4G SEKOLAH MENENGAH
SMK TEJA PUTRA
TEMPAT KEDUA
PENGACARA TVPSS TERBAIK KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
AISYAH FARHANAH BT ABDUL RAZAK (SMK KETENGAH JAYA)
PEMENANG

Tuesday, November 14, 2017

PEMVERIFIKASIAN PENARAFAN SSQS 2017


PROGRAM
PEMVERIFIKASIAN PENARAFAN SSQS 2017
TARIKH
12-13 NOVEMBER 2017
MASA
10.00 PG-1.00 PTG
TEMPAT
MAKMAL KOMPUTER SK PUSAT & MAKMAL KOMPUTER SM SAINS DUNGUN
SASARAN
RESPONDEN SSQS 2017 YANG TERSENARAI
DAPATAN
SEMUA RESPONDEN DAPAT MEMAHAMI DAN MENGISI INSTRUMEN SSQS DENGAN BAIK.

Thursday, November 9, 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN PKG SERI DUNGUN BIL 2/2017


Mesyuarat JKPA bil 2 2017 telah dilaksanakan pada 8 November 2017 bertempat di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini diadakan pada jam 900 pg - 1.00 ptg. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi JKPA, En Wan Abdul razak bin Wan Idris. Pegawai Perhubungan PPD, En Mat Azam bin Othman dan Pegawai perhubungan BTPNT, En Mohd Isa bin Mohd Nor turut hadir. Mesyuarat kali ini banyak membincangkan berkaitan pelaporan aktiviti 2017 dan perancangan aktiviti 2018. PTP PKG telah membentangkan pelaporan aktiviti dan pencapaian sekolah ahli dalam Pengurusan ICT, PSS dan Teknologi pendidikan sepanjang 2017. 

Wednesday, November 8, 2017

SOAL SELIDIK BERKAITAN PENGURUSAN REKOD PKG SERI DUNGUN


Pada 7hb November 2017, Pelajar UiTM Cawangan Dungun telah hadir ke PKG Seri Dungun dan memilih PKG Seri Dungun untuk melengkapkan tugasan kajian mereka. Mereka membuat kajian berkaitan pengurusan rekod. Terima kasih kerana sudi memilih PKG Seri Dungun. Berikut senarai nama pelajar yang terlibat:
1. Wan NurNaliza bt Wan Burdhan
2.Wan Nurhanisa bt Wan Ruzila
3. Iffah Farhah bt Junaidi
4. Erisya  Ilyana bt Zamzuri

Monday, October 9, 2017

PENILAIAN ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH (KATEGORI SEKOLAH RENDAH ) 2017



Nama program
PENILAIAN ANUGERAH PSS NEGERI TERENGGANU (KATEGORI SR ) 2017
Aktiviti
Penghakiman  Pusat Sumber Sekolah 2017
Tarikh
08 Oktober 2017
Masa
9.00 pagi – 3.00 petang
Tempat
SK Batu 48
Objektif
Memilih PSS terbaik untuk pencalonan APSSK 2018
Penglibatan/Peserta
          Puan Noraihan bin Mohamad ( PTP,UPSP BTPNT )-Hakim
         Semua warga SK Batu 48
         Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Daerah Dungun

MESYUARAT JAWATANKUASA GERAKAN VLE DAERAH DUNGUN 2017



Mesyuarat ini telah dijalankan pada 8 Oktober 2017 bertempat di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini melibatkan Jawatankuasa Gerakan VLE Daerah Dungun. Melalui mesyuarat ini, banyak perbincangan mengenaipermasalahan sekolah daerah dungun terutama berkaitan capaian internet dan teknikal. Iini amat penting bagi memastikan perjalanan dan penggunaan VLE dis ekolah dapat dijadikan budaya. Antara isu yang dibincangkan ialah permasalahan kerosakan penghawa dingin di dalam makmal computer dan capaian internet beberapa buah sekolah. Pihak YTL Communicatoin, En Osman bin Yusof yang tuirut hadir mengumpul semua data ICT dan permasalahan sekolah daerah Dungun untuk dibawa dan dibincangklan  di atas.. Selain itu, PTP PKG telah membentangkan pencapaian VLE sekolah ahli mengikut PKG.








Sunday, October 1, 2017

BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017



PROGRAM
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017
AKTIVITI
-BAIKPULIH KOMPUTER
-KONFIGURASI KOMPUTER
-KONFIGURASI RANGKAIAN LAN
PENGLIBATAN
-JURUTEKNIK PKG DAERAH DUNGUN
-JURUTEKNIK SEKOLAH DAERAH DUNGUN
-EIO PKG DAERAH DUNGUN
OBJEKTIF
-MEMASTIKAN MAKMAL KOMPUTER DAPAT BEROPERASI UNTUK PdPC
-MEMASTIKAN CAPAIAN INTERNET MENYELURUH UNTUK KEGUNAAN PELAJAR
-MEMASTIKAN KOMPUTER DAPAT DIGUNAKAN DENGAN LEBIH EFISYEN
SASARAN
-SK SURA – 14 SEPT 2017
-SMK BALAI BESAR – 18 & 19 SEPT 2017
-SK SULTAN OMAR – 20 SEPT 2017
-SJKC KWANG HWA – 25 & 26 SEPT 2017
-SK KUALA DUNGUN – 27 & 28 SEPT 2017

Thursday, September 28, 2017

PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017


AKTIVITI
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017
TARIKH
27 SEPTEMBER 2017
MASA
9.00 PAGI
TEMPAT
PKG SERI DUNGUN
PEGAWAI PEMANTAU
MOHD ALHADI BIN YAALI

AHMAD RAFHAN BIN ZAID @ MANSOR

Friday, September 8, 2017

BENGKEL KHIDMAT BANTU APSSNT (KATEGORI SR) 2017






5hb dan 7hb September 2017 - Pihak PKG Seri Dungun telah mengadakan bengkel khidmat bantu APSSNT ( kategori SR ) kepada SK Batu 48 iaitu wakil daerah Dungun. Bengkel ini diadakan bagi membantu persediaan sekolah berkenaan. Fokus utama bengkel ini adalah menyiapkan dan melengkapkan pengisian bahan dan dokumen bagi fail-fail yang diperlukan mengikut instrumen penilaian. Seramai 6 orang GPM dan  PTP PKG Daerah Dungun yang dilibatkan dalam bengkel ini. Semoga khidmat bantu ini dapat memberi suntikan positif kepada GPM sekolah berkenaan selain memberi pendedahan kepada GPM yang terlibat berkaitan APSSNT 2017. GOOD LUCK...

BENGKEL PERTENGAHAN PENGURUSAN TVPSS DAERAH DUNGUN 2017




6 September 2017 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Bengkel Pertengahan Pengurusan TVPSS untuk semua Penyearas TVPSS Daerah Dungun. Bengkel ini diadakan sebagai kesinambungan Bengkel Asas Pengurusan TVPSS yang telah diadakan pada tahun lepas. Tujuan utama bengkel ini  untuk memberi garis panduan dalam pengurusan TVPSS agar selari dengan objektif penubuhan TVPSS Negeri Terengganu. Pihak PKG telah menjemput 3 orang fasilitator hebat yang diketuai oleh pengasas TVPSS sendiri iaitu Tuan Hj Akram@ Amir bin Abd Majid ( Ketua Unit UPSP BTPNT ) untuk memberi penerangan dan perkongsian cara-cara untuk menghasilkan video/grafik yang hebat dalam penghasilan video yang baik. Fasilitator Pn Yusliza bt Yusuf( GPM SMKKJ/CEO TVPSS AN Najwa) pula dijemput untuk perkongsian kejayaan TVPSS An Najwa dan En Mohd Rozi bin Ahmad pula berkongsi berkaitan penghasilan asas-asas menggunakan Green Screen dalam penghasilan video dan liputan TVPSS yang hebat. Semoga perkongsian daripada ketiga-tiga orang fasilitator hebat ini akan membawa kecemerlangan TVPSS Daerah Dungun..InsyaAllah.

Tuesday, August 8, 2017

BENGKEL LITERASI BACAAN DALAM NILAM DITAMBAH BAIK 2017

 

8 Ogos 2017 - PKG Seri Dungun telah mengadakan Bengkel Literasi Bacaan Dalam NILAM Ditambah baik. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pemantapan kepada Penyelaras NILAM sekolah ahli dalam menjalankan aktiviti NILAM dengan lebih berkesan. Usaha ini bertujuan untuk memantapkan lagi pelaksanaan   NILAM Tambahbaik di peringkat sekolah. Selain itu, Penyelaras NILAM diberi penerangan lebih terperinci bagi pemurnian dalam pengisian data NILAM menggunakan Template yang telah diperkenalkan bagi kutipan data 2017.

Wednesday, July 26, 2017

ROADTOUR VLE SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017




PKG Seri Dungun telah merancang satu program iaitu Road Tour VLE dalam meningkatkan penggunaan dan pembudayaan VLE sekolah ahli. Program ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama Guru Advokasi Daerah Dungun seramai  4 orang iaitu Pn Nor Azlina bt Abdul Muttlib ( SMK Balai Besar, Pn Wan Ismahira binti Wan Ab Majid ( SK Batu 48), Pn Noraidah bt Abd Rashid ( SMK Ketengah jaya), Pn Rohani binti Deraman ( Sk Kampung Baru Kuala Abang). Sebanyak 7 buah sekolah  yang terlibat dalam program ini. PKG mengambil pendekatan ini bagi membantu sekolah-sekolah yang belum mencapai KPI penggunaan VLE iaitu 20% dan meningkatkan lagi pencapaian sekolah yang telah mencapai KPI. Impak daripada program ini, hampir 9-% sekolah yang terlibat telah mencapai target dan semoga sekolah-sekolah ahli terus membudayakan VLE dalam PdPc. Terima kasih kepada sekolah yang terlibat di atas komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan program ini. Bagi tidak mengganggu PdPc di sekolah, program ini dijalankan selepas waktu PdPc iaitu 2.00-4.30 petang. 

1. SMK Sultan Omar - 3 Julai 2017
2. SJKC Kwang Hwa - 5 Julai 2017
3. SMK Balai Besar -  8 Julai 2017
4. SK Sura - 9 Julai 2017
5. SMA Sultan Ismail - 10 Julai 2017
6. SK Balai Besar - 11 Julai 2017
7. SK Bandar Dungun - 16 Julai 2017
8. SM Imtiaz YT Dungun - 16 Julai 2017
9. SK Batu 7 - 18 Julai 2017
10. SK Sultan Omar - 18 Julai 2017
11. SK Kuala Dungun - 19 Julai 2017

Tuesday, July 25, 2017

MESYUARAT KLUSTER PSS & BENGKEL PENDEDAHAN SSQS VERSI 3.0 2017


24 Julai 2017 - PKG Seri Dungun telah mengadakan Mesyuarat Kluster PSS  Bil 2 & Bengkel Pendedahan SSQS Versi 3.0 2017. Sepanjang mesyuarat ini, pihak PKG banyak berkongsi dapatan/ rumusan IKBB dan pemantauan PKG ke sekolah. Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh GPM dalam memeperkasakan kecemerlangan PSS seiring dengan peranan PSS dalam menjana pembelajaran abad 21. Selain itu, PKG turut berkongsi dapatan daripada Taklimat Instrumen APPSSNT 2017 dalam memberi sokongan kepada 3 buah sekolah yang akan mewakili Daerah Dungun dalam APPSSNT bagi tahun 2017.  Tahniah diucapkan kepada SK Ladang Gajah Mati
 ( Kategori SKM ), SK batu 48 ( Kategori Sekolah Rendah ) dan SMK Ketengah Jaya ( Kategori Sekolah Menengah). APSSNT tahun 2017 menggunakan instrumen versi Februari 2017. Semoga ada sinar untuk wakil daerah Dungun. Selepas rehat, bengkel pendedahan SSQS diadakan untuk GPM. Bengkel ini bertujuan bagi memberi pendedahan bagi setiap indikator soalan bagi instrumen GPM supaya GPM  memahami kehendak dan perspektif soalan bagi menentukan pencapaian bintangyang baik  untuk penarafan PSS.

Monday, July 17, 2017

MAJLIS BERSAMA PELANGGAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA PKG DAERAH DUNGUN 2017



Sempena bulan Syawal yang penuh keberkatan, PKG Daerah Dungun telah mengadakan Majlis Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya 2017. Majlis ini diadakan di PKG Seri Dungun pada 16 Julai 2017.Sambutan kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun, Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah (Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan rangkaiannya. 

Friday, July 14, 2017

BENGKEL PENGURUSAN BILIK BBM SEKOLAH HALI PKG SERI DUNGUN 2017




Bengkel ini telah diadakan pada 12-13 Julai 2017 bertempat di SK Batu 48.  Bengkel ini melibatkan GPM /Penyelaras Bilik BBM sekolah ahli. Sepanjang dua hari berbengkel, PTP PKG dengan bantuan Fasilitator Hjh Salina bt Jumaah telah memberi pendedahan berkaitan pengurusan Bilik BBM terutama Proses Teknik BBM yang betul. Di samping berbengkel, peserta bengkel telah membantu Bilik BBM SK Batu 48 kerana SK Batu 48 telah dicalonkan mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2017.  PTP PKG Pulau Serai dan PTP PKG Paka turut bersama-sama menjayakan bengkel ini.

Wednesday, June 21, 2017

SALAM AIDILFITRI 2017

Kami di Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam yang menyambut hari lebaran ini terutamanya kepada sekolah ahli PKG Seri Dungun. 

Tuesday, April 25, 2017

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT (LETS READ TOGETHER) SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017




25 April 2017 - Bagi menyokong Program Jom Membaca untuk 10 minit yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, kakitangan PKG Seri Dungun turut melaksanakan program berkenaan pada Jam 11.00-11.10 pagi tadi. Program ini diadakan di D'Seri Library, PKG Seri Dungun. Di samping itu,  program ini juga bertujuan mendorong kakitangan PKG Seri Dungun membaca, di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari ini sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari. Program ini juga dijalankan serentak di seluruh Malaysia oleh Perpustakaan Awam Negeri masing-masing. 
#jombaca10minit
#budayamembacamalanmulia
 #indahnyabilailmumengalir