"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

SEJARAH PKG

Nama terdahulu bagi PKG Seri Dungun dikenali sebagai Pusat Sumber Zon (1985), terletak di SK Batu 48, Dungun. Bertukar nama kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (1988). Pada Jun 1991, PSPD ditukarkan nama kepada PKG Dungun 1 dan lokasi kekalnya berbangunan sendiri di dalam kawasan SMK Seri Dungun. Pada masa itu, keahlian PKG Dungun 1 adalah seramai 20 buah sekolah. Setelah berlakunya penyusunan semula keahlian disebabkan tertubuhnya PKG Pulau Serai, keahlian PKG Seri Dungun kini hanyalah 16 buah sekolah sahaja ( 9 SR dan 7 SM). Kini, PKG Seri Dungun ditadbir uruskan oleh dua orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang kerani (N17).

Mulai 2010, keahlian PKG Seri Dungun telah bertambah kepada 18 buah sekolah ahli. PKG juga telah mendapat seorang Juruteknik Komputer FT17 bagi meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan PKG selaras dengan hasrat BTP ke arah memperkasakan PKG Malaysia.  Pada 2011, PKG Seri Dungun menerima pertambahan keahlian sekolah yang menjadikan sekolah ahli sebanyak 19 buah sekolah. Kini 2015, PKG Seri Dungun telah menerima pertambahan keahlian sekolah yang menjadikan sekolah ahli sebanyak 21 buah. (SMK Kompleks Padang Jambu,SK Pusat Dungun dan SK Kuala Dungun)

1 comment: