"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Wednesday, June 29, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA GPM BIL 2 & BENGKEL PENGURUSAN ASAS TVPSS DAERAH DUNGUN 2016




   


11 Julai 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Bil 2 & Bengkel Pengurusan Asas TVPSS Daerah Dungun. Semua GPM sekolah menengah Daerah dungun terlibat dalam bengkel ini. Pihak PKG telah menjemput Tuan Haji Akram@Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit, UPSP, BTPNT) dan En Badru Hishan bin Mohd Zin ( PTP, UPSP, BTPNT)  sebagai Fasilitator dalam menjayakan bengkel ini. Pihak PKG juga menjemput GPM SMK Ketengah Jaya ( Pn Yusliza bt Yusof ) dan GPM SMK Paka ( En Kamal Mizan bin Abdullah ) untuk membentangkan perkongsian TVPSS sekolah mereka yang telah berjaya diadakan. Semua GPM begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan hasrat dan saranan UPSP,BTPNT dalam mewujudkan TVPSS di sekolah-sekolah negeri Terengganu.