"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Monday, April 4, 2016

LAWATAN PENANDA ARAS JKPA & GPM PKG SERI DUNGUN 2016




 23 Mac 2016 - Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti  ( JKPA )PKG Seri Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah menganjurkan satu lawatan penanda aras  ke SMA Maarif, Besut. Lawatan ini telah melibatkan seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada semua Pengetua & Guru Besar serta GPM sekolah ahli PKG Seri Dungun.

Walaupun lawatan ini diadakan selama satu hari tetapi ia telah memberi banyak input kepada PGB dan GPM untuk  membantu  meningkatkan kecemerlangan PSS sekolah ahli. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama warga SMA Maarif sedikit sebanyak memberi inspirasi dalam merealisasikan PSS cemerlang abad ke-21.

Semoga jalinan ilmu antara sekolah ahli PKG Seri Dungun dan warga SMA Maarif semakin  erat dalam perkongsian idea dan pendapat selepas ini. InsyaAllah.