"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Tuesday, March 15, 2016

PROGRAM PEMILIHAN DAN MAJLIS ANUGERAH  TOKOH NILAM 
DAERAH DUNGUN 2016

            1 Mac 2016 - Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ianya merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan) melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti) dan merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

            Pusat Kegiatan Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan sesi pemilihan tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun 2016 yang berlangsung pada 01 Mac 2016 bertempat di SMK Bukit Besi. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada  2 orang calon setiap kategori yang telah melepasi program saringan peringkat PKG telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini. majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan PPD Dungun, Hj Kassim bin Husin, Ketua Unit UPSP BTPNT, Tn Hj Akram@Amir b. Abdul majid dan Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama menjayakan sesi pemilihan ini.



KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2016
 

Kategori  Sekolah Rendah Bahasa Malaysia

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Khalida Irdina Batrisya bt Harun
SK Pulau Serai
Naib Johan
Filda  Malini  bt Rosli
SK Jerangau
Ketiga
Nurien Maisarah bt Jahmaali
SK Ketengah Jaya II


Kategori  Sekolah Rendah Bahasa Inggeris

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Anis Nafesa bt Alias
SK Balai Besar
Naib Johan
Siti nuraishah bt Zulkarnain
SK Felda Kerteh 1
Ketiga
Muhamad Syahmi Eyman b. Mohd Zakiyaman
SK Paka III


Kategori  Sekolah Menengah Bahasa Malaysia

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Nur Aida Sabriena bt Ramli
SM Sains Dungun
Naib Johan
Siti Adni bt Abd Rahman
SMK Tg. Intan Zaharah
Ketiga
Muhammad Nidzoom b. Yahya
SMK Seri Dungun


Kategori  Sekolah Rendah Bahasa Inggeris

Kedudukan
Nama Pelajar
Sekolah
Johan
Alia Aishah bt Abdul Aziz
SM Sains Dungun
Naib Johan
Arif Faisal b. Pauzai
SMK Tg. Intan Zaharah
             Ketiga            
Nur Amrina Naziha bt Amir
SMA Sultan Ismail

 TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...


Tuesday, February 16, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI / ICT BIL.1/2016 & BENGKEL PENYELENGGARAAN ICT SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2016


               14 Feb 2015, satu mesyuarat bagi guru penyelaras bestari dan guru ict sekolah telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Pendaftaraan guru-guru telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Bengkel berkenaan penyelenggaraan ict juga telah diadakan selepas mesyuarat dan telah disampaikan oleh PTP 1 PKG Seri Dungun, En. Mohd. Zamani bin Abdul Latif.

Thursday, February 4, 2016

MESYUARAT GURU PENYELARAS MEDIA & BENGKEL PENGURUSAN PSS SEKOLAH DAERAH DUNGUN TAHUN 2016


                3 Feb 2016, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu mesyuarat untuk GPM bertempat di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Selepas mesyuarat berkenaan, satu bengkel pengurusan PSS telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada GPM tentang pengurusan pss pada abad 21. Kami telah menjemput En. Mohd. Apandi bin Omar Baki sebagai penceramah bagi menjayakan lagi bengkel berkenaan. Semoga bengkel ini memberi impak yang positif ke arah pembangunan pss di sekolah Daerah Dungun.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH DUNGUN BIL.1/2016




            2 Februari 2016- Satu Mesyuarat JKPA  PKG Daerah Dungun telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Chemerong,PPd Dungun.Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi dan berakhitr pada jam 1.30 ptg.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Dungun. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran En Che Yusri bin Che Hassim, Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Yusma bin Yusof ,Ketua Unit,UBEST, En Nize bin Mohamad, Ketua Unit UPS dan Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit UPSP. Turut hadir pegawai perhubungan PKG Daerah Dungun. En Yusma b. Yusof telah menyampaikan sijil kepada sekolah yang telah  mencapai 5 Bintang dalam Penarafan SSQS dan iQ-PSS bagi tahun 2015. Bagi sesi kedua,, semua PKG berpecah untuk meneruskan agenda mesyuarat  peringkat PKG. Satu jawatankuasa baru telah dilantik bagi memimpin JKPA PKG Seri Dungun bagi sesi 2016/2017. Semoga pucuk pimpinan baru ini akan memberi lebih sinar kecemerlangan untuk  sekolah ahli PKG Seri Dungun  . InsyaAllah. TAHNIAH kepada semua.