"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, February 4, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH DUNGUN BIL.1/2016




            2 Februari 2016- Satu Mesyuarat JKPA  PKG Daerah Dungun telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Chemerong,PPd Dungun.Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi dan berakhitr pada jam 1.30 ptg.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Dungun. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran En Che Yusri bin Che Hassim, Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Yusma bin Yusof ,Ketua Unit,UBEST, En Nize bin Mohamad, Ketua Unit UPS dan Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit UPSP. Turut hadir pegawai perhubungan PKG Daerah Dungun. En Yusma b. Yusof telah menyampaikan sijil kepada sekolah yang telah  mencapai 5 Bintang dalam Penarafan SSQS dan iQ-PSS bagi tahun 2015. Bagi sesi kedua,, semua PKG berpecah untuk meneruskan agenda mesyuarat  peringkat PKG. Satu jawatankuasa baru telah dilantik bagi memimpin JKPA PKG Seri Dungun bagi sesi 2016/2017. Semoga pucuk pimpinan baru ini akan memberi lebih sinar kecemerlangan untuk  sekolah ahli PKG Seri Dungun  . InsyaAllah. TAHNIAH kepada semua.