22 Disember 2016 - Penarafan PKG Seri Dungun bagi tahun 2016 telah dijalankan dengan jayanya pada 21 Disember 2016 pada jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Penarafan PKG ini mengambil kira pemantauan berkaitan pengurusan pejabat secara keseluruhan dan Pusat Sumber Pendidikan. Penarafan ini dijalankan oleh Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad dan PTP UPS, En Mohd Al-Hadi bin Yaali. Sepanjang penarafan berjalan, banyak input yang diperolehi sebagai penambahbaikan bidang pengurusan pejabat dalam memastikan kecemerlangan bagi tahun-tahun yang akan datang. Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang penilai atas kejayaan dan kelancaran pelaksanaan penarafan PKG Seri Dungun bagi tahun 2016 ini.
Wednesday, December 21, 2016
Monday, November 28, 2016
MAJLIS LAMBAIAN KASIH JKPA PKG SERI DUNGUN 2016
27 November 2016 - Jawatankuasa Kerja Kebajikan dan Sosial JKPA PKG Seri Dungun telah mengadakan Majlis Lambain Kasih JKPA 2016. Majlis ini telah diadakan bagi meraikan ahli JKPA PKG Seri Dungun yang telah bertukar dan telah bersara bagi sepanjang tahun 2016. Majlis yang penuh bermakna ini juga bertujuan menghargai jasa dan kerjasama ahli sepanjang berada di bawah organisasi JKPA PKG Seri Dungun. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En Azmi bin Yusoff sebagai wakil PPD Dungun. Majlis ini diadakan di Restoran Mayang Sari Resort Dungun bermula jam 2.30 petang dan berakhir 4.30 ptg. Majlis seumpama ini akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli JKPA. Senarai ahli yang diraikan ;
1. YM KU AHMAD BIN KU IBRAHIM
2. TN HAJI HARAMAYNI BIN SHAMSUDDIN
3. TN HAJI MOHD SIDEK BIN EMBONG
4. EN WAN SU BIN JAAFAR
5. EN MOHD NOR BIN CHIK
6. PN MYSHITTAH BT M.ALI
7. PN CHE ROBIAH BT ABDULLAH
8. PN YEO KIN HWA
9. TN HAJI AWANG BIN JUNOH
10. PN HAJAH ROSMANI BT BESAR
Wednesday, October 19, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI (JKPA) PKG SERI DUNGUN BIL 2 2016
19 Oktober 2016 - Mesyuarat JKPA PKG Seri Dungun Bil 2/2016 telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Seminar 2, PKG Seri Dungun pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Mesyuarat kali ini bertambah serinya apabila dipengerusikan oleh pengerusi baru iaitu En Yahaya bin Shefee ( Pengarah Kolej Vokasional Dungun ) menggantikan pengerusi sebelum ini yang telah bertukar ke Sarawak. Banyak perbincangan dan permasalahan sekolah ahli dapat diselesaikan melalui mesyuarat ini. Pengerusi turut meyampaikan penghargaan dan kenangan terakhir kepada Pegawai Perhubungan PKG Seri Dungun, YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim ( PTP BTPNT ) yang akan bersara pada minggu hadapan. Semua ahli mesyuarat mengucapkan selamat bersara dan mendoakan semoga beliau terus sucsess dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
BENGKEL PENGGUNAAN REKOD PENGAJARAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) BAGI SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2016
11-12 Oktober 2016 - Satu bengkel berkaitan penggunaan rekod pengajaran dalam Laman Pembelajaran (VLE) telah diadakan di PKG Seri Dungun. Bengkel ini telah diadakan secara serentak bersama sekolah ahli PKG Pulau Serai. Pihak PKG telah menjemput En Azhar bin Kordi ( Penyelaras ICT Kolej Vokasional Dungun ) & En Zazali bin Mohamad ( Penyelaras ICT SM Sains Dungun ) sebagai fasilitator utama. Semoga bengkel yang berlangsung selama dua hari ini dapat memberi pendedahan baru kepada sekolah ahli dalam memperkasakan lagi penggunaan VLE di sekolah.
Thursday, August 25, 2016
KEMBARA MENJELAJAH FROG VLE DAERAH DUNGUN 2016
25 Ogos 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama Kolej Vokasional Dungun telah mengadakan Kembara Menjelajah Frog VLE di Dewan Votech,KVD selama dua hari aiatu 23-24 Ogos 2016. Kembara ini diadakan sempena Karnival Keusahawanan KV Skill yang telah diadakan oleh pihak KVD selama 2 minggu bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos 2016. Kembara selama dua hari ini bertujuan memperkenalkan program baru VLE iaitu Bengkel PIE, CHEF dan CHEnDOL kepada guru dan pelajar sekolah-sekolah yang dijemput ke karnival berkenaan. Guru dan pelajar juga diberi peluang untuk bersoal jawab berkaitan penggunaan Laman Pembelajaran VLE dan disediakan Quiz untuk mereka. Di samping itu, pihak PKG juga dapat memperkenalkan PKG kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




