"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, August 25, 2016

KEMBARA MENJELAJAH FROG VLE DAERAH DUNGUN 2016




       
25 Ogos 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama Kolej Vokasional Dungun telah mengadakan Kembara Menjelajah Frog VLE di Dewan Votech,KVD selama dua hari aiatu 23-24 Ogos 2016. Kembara ini diadakan sempena Karnival Keusahawanan  KV Skill  yang telah diadakan oleh pihak KVD selama 2 minggu bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos 2016. Kembara selama dua hari ini bertujuan memperkenalkan program baru VLE iaitu Bengkel PIE, CHEF dan CHEnDOL kepada guru dan pelajar sekolah-sekolah yang dijemput ke karnival berkenaan. Guru dan pelajar juga diberi peluang untuk bersoal jawab berkaitan penggunaan Laman Pembelajaran VLE dan disediakan Quiz untuk mereka. Di samping itu, pihak PKG juga dapat memperkenalkan PKG kepada sekolah-sekolah yang terlibat.