8 OGOS 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa GPB/ICT dan Taklimat SSQS 2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SMK Paka. Mesyuarat dan taklimat ini melibatkan semua GPB/ICT sekolah-sekolah Daerah Dungun. banyak isu yang telah dibincangkan dan diutarakan bagi mengatasi isu berkaitan ICT dalam memastikan kecemerlangan penggunaan ICT di sekolah. Sekolah-sekolah yang mempunyai permasalahan berkaitan pengisian penarafan SSQS telah dibantu oleh pihak PKG bagi memastikan pengisian dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Sunday, August 14, 2016
JAMUAN PERPISAHAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG DAERAH DUNGUN
14 Ogos 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Jamuan Perpisahan sempena pertukaran Ketua PKG Daerah, En Ramli bin Ismail ke PKG Seri Payong. Jamuan ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran PTP PKG P.Serai, En Amir bin Jaafar yang telah bertukar ke PKG Teruntum,Pahang. Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak PKG telah menjemput Pegawai VOTEK,PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Jamuan ini telah diadakan secara santai di UiTM Dungun.
Sunday, July 17, 2016
MESYUARAT PELAPORAN SKT SETENGAH TAHUN PKG DAERAH DUNGUN 2016
14 Julai 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Mesyuarat Pelaporan Aktiviti Setengah Tahun 2016 bertemapt di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini melibatkan semua pegawai dan staf PKG Daerah Dungun. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan dan membincangkan aktiviti yang akan dijalankan bagi setengah tahun kedua 2016. banyak isu dan permasalahan yang telah dibincangkan dan mendapat kesepakatan dalam memastikan kecemerlangan sekolah-sekolah ahli. Selepas selesai mesyuarat, warga PKG Daerah Dungun diserikan dengan pelbagai hidangan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Semoga jamuan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga PKG Daerah Dungun.
Wednesday, June 29, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA GPM BIL 2 & BENGKEL PENGURUSAN ASAS TVPSS DAERAH DUNGUN 2016
11 Julai 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Bil 2 & Bengkel Pengurusan Asas TVPSS Daerah Dungun. Semua GPM sekolah menengah Daerah dungun terlibat dalam bengkel ini. Pihak PKG telah menjemput Tuan Haji Akram@Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit, UPSP, BTPNT) dan En Badru Hishan bin Mohd Zin ( PTP, UPSP, BTPNT) sebagai Fasilitator dalam menjayakan bengkel ini. Pihak PKG juga menjemput GPM SMK Ketengah Jaya ( Pn Yusliza bt Yusof ) dan GPM SMK Paka ( En Kamal Mizan bin Abdullah ) untuk membentangkan perkongsian TVPSS sekolah mereka yang telah berjaya diadakan. Semua GPM begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan hasrat dan saranan UPSP,BTPNT dalam mewujudkan TVPSS di sekolah-sekolah negeri Terengganu.
PROGRAM #MALAYSIA NGAJI 2016..#PKG SERI DUNGUN NGAJI 2016
29 Jun 2016 - Sebagai tanda menyokong PROGRAM #MALAYSIANGAJI 2016 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU anjuran PPAT, Pegawai dan staf PKG Seri Dungun turut mengadakan Program #PKGSDNGAJI 2016 pada jam 12.00 tgh. Semoga program seumpama ini terus diadakan bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)





