"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Tuesday, February 13, 2018

MESYUARAT JAWATANKUASA KLUSTER PSS PKG SERI DUNGUN BIL 1/2018



Mesyuarat ini telah berjaya dijalankan pada 12 Februari 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Pada sesi permulaan, semua GPM Daerah Dungun berkumpul di Bilik Chemerong, PPD bagi memberi ruang kepada Penolong Pustakawan, Pn Khasidah bt Mamat untuk mempromosikan perkhidmatan Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Selepas itu, semua Kluster berpecah mengikut PKG di bilik yang telah diagihkan. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh wakil Pengerusi Kluster PSS PKG Seri Dungun, En Mustaffa. PTP PKG Seri Dungun, Pn Norhayati bt Bidin telah membentangkan beberapa input penting dan  perancangan untuk memastikan perjalanan PSS sekolah ahli PKG Seri Dungun berada di bawah landasan yang betul demi memastikan kecemerlangan PSS. Mesyuarat selama 2 jam ini telah memberi ruang kepada GPM untuk membincangkan permasalahan yang berlaku di PSS sekolah dan mencari jalan penyelesaian dan kata sepakat. 

No comments:

Post a Comment