Bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan warga PKG Daerah Dungun, program tautan kasih telah diadakan pada 20 Disember 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Bagi memeriahkan lagi program, semua ahli keluarga warga PKG Daerah Dungun dijemput hadir. Program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin. Kemudian dimeriahkan dengan sukaneka untuk anak-anak dan ibubapa. Sambl-sambil sukaneka dijalankan, semua jemputan disajikan dengan menu ayam bakar dan makanan-makanan ringan yang lain. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua warga PKG atas komitmen dan kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.
Friday, December 21, 2018
Tuesday, December 18, 2018
LAWATAN KERJA TUAN KPP, BTPNT 2018
Kunjungan mesra Tuan KPP, BTPNT ke PKG Seri Dungun pada 18 Disember 2018 sebelum tn hj berpencen pada awal Februari 2019. Terima kasih atas segala nasihat, teguran membina dan perkongsian pengalaman tuan hj sepanjang menjadi pupuk pimpinan tertinggi BTPNT. InsyaAllah segala nasihat dan suntikan semangat yang diberikan akan memberi kami lebih berkeyakinan, lebih berkarisma dan lebih maju dalam pengurusan PKG pada masa akan datang.
Tuesday, November 27, 2018
PENARAFAN PKG 2018
26 Nov 2018 - Pihak UPS yang diketuai oleh Ketua Unit, En Nize bin Muhammad dan En Mohd Alhadi (PTP UPS) telah membuat penarafan di PKG Seri Dungun. Penarafan ini dijalankan bagi melihat pengurusan PKG dalam semua aspek merangkumi pengurusan fail dan pentadbiran organisasi..Penarafan ber akhir jam 12.30 tgh. Di samping penerafan dijalankan, kami juga dapat berkongsi input-input atau penambahbaikan untuk kecemerlangan PKG Seri Dungun pada masa akan datang.
Thursday, November 1, 2018
ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU 2018
Pada 29-31 Oktober 2018, Anugerah NILAM Negeri Terenganu telah diadakan di BTPNT. Daerah Dungun telah menghantar Tokoh NILAM Daerah Dungun dalam program ini iatu Adik Sofia - SMKTIZ ( SMBM,). Adik Aina- SK Bandar Dungun(SRBM), Adik Hasya - SK Tebing Tembah (SRBI) dan adik Fadilah - SMK Paka (SMBI). . Tahniah kepada semua calon daerah Dungun atas kejayaan yang membanggakan. Selamat berjuang adik Ain dan Hasya ke peringkat kebangsaan pula tahun 2019.
Inilah wajah-wajah manis calon-calon Daerah Dungun ke Anugerah NILAM Negeri Terengganu 2018..Mereka adalah permata NILAM Daerah Dungun. Tahniah kepada Adik Hasya dan Adik Ain kerana telah bergelar Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2018
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU
*KATEGORI BAHASA MELAYU -SEKOLAH MENENGAH*
JOHAN - ABDUL MUAAZ BIN MAZLEN - SMK IMTIAZ BESUT.
NAIB JOHAN - UMMU AIMAN NABILAH BT MAT RESAT - SM TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, KUALA NERUS
KETIGA - SOFIA ADRINA BINTI GHAZALI - SMK TG INTAN ZAHARAH, DUNGUN
*KATEGORI BAHASA INGGERIS -SEKOLAH MENENGAH*
JOHAN - YASMIN SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOFF - SMK KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA NERUS
NAIB JOHAN - WAN NUR ADEENA BINTI WAN ZAINUDDIN- SMKA DURIAN GULING, MARANG
KETIGA - MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN MOHAMMAD ZULAILI,SMK RANTAU PETRONAS, KMM
*KATEGORI BAHASA MELAYU -SEKOLAH RENDAH*
JOHAN - NUR AEIN NADHIRAH BT AZLIE- SK BANDAR DUNGUN, DUNGUN
NAIB JOHAN - NUR INSYIRAH BINTI MAT ANANG - SK PAYA RESAK, MARANG
KETIGA-ANIS NATASYA BINTI AMIR- SK SAUJANA, SETIU
*KATEGORI BAHASA INGGERIS-SEKOLAH RENDAH*
JOHAN - HASYA BINTI RAHMAT- SK TEBING TEMBAH, DUNGUN
NAIB JOHAN - DINA RAIHANA BINTI NOR HAMIDI- SK RANTAU PETRONAS, KEMAMAN
KETIGA - NURIN SAKINAH BINTI MOHD SOBERI- SK SIMPANG RAWAI

Thursday, October 25, 2018
LAWATAN PENANDA ARAS JKPA (KLUSTER PAK 21) 2018
Kluster PAK 21 JKPA PKG Seri Dungun telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke SMK Kerteh, Kemaman pada 23 Oktober 2018. Lawatan ini diadakan bagi perkongsian berkaitan pembestarian sekolah memandangkan sekolah berkenaan merupakan wakil negeri Terengganu dalam pertandingan Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan ( Kategori SM ) 2018. Lawatan ini melibatkan barisan pentadbir dan Penyelaras VLE sekolah ahli PKG Seri Dungun. Banyak perkongsian dan info yang diperolehi dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang ICT dan penggunaan VLE yang diperolehi dan diaplikasikan di peringkat sekolah ahli nanti.
Selepas sesi lawatan, satu pertandingan bowling telah diadakan di Pusat bowling Mesra Mall, Kemasik. Pertandingan ini diadakan antaranya bagi mengukuhkan lagi ukhwah antara pentadbir dan penyelaras VLE sekolah ahli. disamping memberi penghargaan terima kasih serta merehatkan minda guru-guru VLE kerana bekerja keras dalam memastikan KPI VLE dapat dicapai dan juga membudayakan VLE di sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Kerteh dan semua yang terlibat dalam memastikan lawatan ini dapat diadakan dengan jayanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)