"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Monday, July 16, 2018

LAWATAN PENANDA ARAS GPM SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2018


Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Ahli PKG Seri Dungun telah mengadakan Lawatan Penanda Aras PSS ke SK Padang Mengkuang ( Naib Johan APSSK 2018 Kategori Sekolah Rendah ). Lawatan ini telah diadakan pada 15 Julai 2018. Lawatan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada GPM berkongsi idea dan pengalaman bagi meningkatkan lagi kecemerlangan PSS sekolah masing-masing. Pihak kami mengucapkan ribuan  terima kasih terutamanya kepada GPM sekolah berkenaan dan seluruh warga guru dan staf kerana sudi menerima kehadiran kami dan atas semua perkongsian yang diberikan. semoga PSS SK Padang Mengkuang terus cemerlang. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan dalam menjayakan lawatan ini.

Friday, June 8, 2018

PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2018



Pada 7 Jun PKG Seri Dungun dengan kerjasama Perpustakaan Awam Dungun telah berkolaboratif  dalam menjayakan program ini. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Perpustakaan Awam Dungun. Seramai 100 orang peserta yang terlibat di mana pelajar dan 2 orang guru pengiring dari tiga buah sekolah ahli PKG Seri Dungun telah dipilih iaitu SMA Sultan Ismail, Sm IMTIAZ YT Dungun dan SMK Sulta Omar. Slot pertama disi dengan slot  ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En Wahairi bin Mahmud, Pensyarah UiTM  Dungun. Slot kedua bacaan ayat suci al-Quran secara serentak yang dipimpin oleh  Ustaz Ahmad Syaban, Guru Al-Quran SMA Sultan Ismail. Pihak kami selakumurusetia program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Wednesday, May 2, 2018

BENGKEL ASAS EDITING VIDEO DAN PENDEDAHAN TEKNOLOGI GREEN SCREEN 2018


Pada 30 April dan 2 Mei 2018, Penyelaras TVPSS PKG Seri Dungun telah diberi pendedahan berkaitan asas editing video dan teknologi Green Screen. Bengkel ini diadakan bagi membantu dan meningkatkan kemahiran asas editing video dalam memperkasakan TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun. Terima kasih kepada Fasilitator yang terlibat, En Alias bin Muda, En Mohd Hanif bin Hj Mohd dan Puan Wahidatun bt Abdul Wahab atas kerjasama dan kesungguhan sepanjang bengkel ini. Semoga impak dari bengkel ini, TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun mula mengorak langkah untuk lebih ke depan seiring dengan hasrat BTPNT memastikan semua TVPSS sekolah di Terengganu mencapai sekurang-kurangnya Versi 2.0 dan menambah bilangan Versi 4.0. 

Tuesday, April 24, 2018

PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA 2018

Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun telah berkolaboratif dengan Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah menjayakan Program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2018 pada 24 April 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Seramai 100 orang pelajar dan 20 orang guru dari sekolah ahli sekitar Dungun telah dijemput bersama-sama menjayakan program ini. Selain daripada aktiviti membaca bersama 10 minit, beberapa program telah diadakan iaitu pertandingan mewarna bagi sekolah rendah dan pertandingan melukis poster bagi sekolah menengah. Pemenang-pemenang diberi hadiah yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan. En Azman bin Ali, Fasilinus Literasi,PPD Dungun telah merasmikan mahlis penutup program berkenaan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama staf Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Semoga kolaboratif seumpama ini dapat diteruskan untuk program-progam yang lain.

Wednesday, April 11, 2018

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ASAS PSS PERINGKAT PKG SERI DUNGUN 2018



JK Kluster PSS, JKPA PKG Seri Dungun telah berkolaboratif bersama Perpustakaan Awam Daerah  Dungun dan Perpustakaan Desa Zon 9 telah berjaya menganjurkan kursus berkenaan pada 11 April 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Kursus ini melibatkan 101 orang Pengawas PSS dan 20 orang GPM sekolah ahli PKG Seri Dungun. Fasilitator yang terlibat ialah Pn Siti Rafiah bt Harun, Ketua Unit, Pusat Sumber Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Pn Khasidah bt Mamat, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Awam Daerah Dungun dan Pn Norruby binti Abdul Wahab, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Desa Zon 9.Tiga slot LDK yang telah dijalankan. LDK 1 : Profesionalisme Pengawas PSS, LDK 2 : Jejak Maklumat dan LDK 3 : Pengurusan Bahan Dan Literasi Media & Maklumat. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pengawas PSS berkaitan Pengurusan PSS, Pengurusan Bahan dan Perkongsian Literasi Maklumat. Selain itu, peserta juga berpeluang menjalinkan ukhwah antara pengawas PSS yang berlainan sekolah dan berlaku perkongsian pintar dalam memartabatkan PSS Abad 21. Di samping itu juga peserta juga dapat memupuk budaya kerjasama dan jati diri serta semangat kepimpinan dalam diri. Semoga impak daripada program ini dapat melahirkan pengawas PSS yang berketrampilan dan berkepimpinan dan membantu Pusat Sumber Sekolah yang lebih cemerlang.