25 April 2017 - Bagi menyokong Program Jom Membaca untuk 10 minit yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, kakitangan PKG Seri Dungun turut melaksanakan program berkenaan pada Jam 11.00-11.10 pagi tadi. Program ini diadakan di D'Seri Library, PKG Seri Dungun. Di samping itu, program ini juga bertujuan mendorong kakitangan PKG Seri Dungun membaca, di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari ini sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari. Program ini juga dijalankan serentak di seluruh Malaysia oleh Perpustakaan Awam Negeri masing-masing.#jombaca10minit#budayamembacamalanmulia#indahnyabilailmumengalir
Tuesday, April 25, 2017
PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT (LETS READ TOGETHER) SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017
Wednesday, April 12, 2017
PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET
Pemeriksaan Pelupusan Aset telah dijalankan oleh En Ruzlan bin Abdul Rani ( Pegawai Teknologi Pendidikan),Unit Kewangan dan Perolehan pada 11 April 2017. Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan barang dan peralatan yang telah dimohon pelupusan mengikuti aspek yang telah ditetapkan. Selain itu, En Ruzlan turut membuat pemantauan Stor Unit dan fail-fail yang berkaitan. Impak daripada pemeriksaan dan pemantaun ini, banyak cadangan penambahbaikan yang telah diberikan oleh beliau dalam membantu pengurusan PKG Seri Dungun ke arah yang
lebih cemerlang.
Monday, March 27, 2017
PERTANDINGAN STORYTELLING ANIMATION 2017
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganurkan pertandingan Digital Story Telling (DST) Animation 2017 yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri animasi di samping menggalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan teknologi/ICT dalam PdP.
Penyertaan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau bagaimana pun, hanya satu (1) animasi terbaik dari setiap kategori di peringkat negeri akan dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah “Kisah Teladan / Value in The Story”.
Sekolah yang berminat boleh dapatkan maklumat juga dengan memuat turun menerusi portal BTP,KPM di pautan berikut:http://btp.moe.gov.my/btp/index.php/home/activity/17 atau di portal KPM (www.moe.gov.my) di ruangan pemberitahuan. Penyertaan hendaklah dihantar melalui BTPN Terengganu sebelum dipanjangkan ke peringkat kebangsaan.
BENGKEL VERIFIKASI DATA NILAM DITAMBAHBAIK SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017
Bengkel Verifikasi Data NILAM Sekolah Ahli PKG SEri Dungun telah diadakan pada 27 Mac 2017 bertempat di PKG Seri Dungun. Bengkel ini melibatkan 21 orang Guru NILAM semua sekolah ahli. Objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah memberi pendedahan penggunaan template baru bagi pengisian data bacaan NILAM DITAMBAHBAIK pelajar. Semua guru menunjukkan komitmen dan kesungguhan dalam memastikan perjalanan bengkel berjalan dengan lancar. Bengkel ini dikendalikan oleh PTP PKG Seri Dungun dengan bantuan bersama PTP PKG Pulau Serai dan PTP PKG Paka. Pihak PKG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini.
SILA HUBUNGI PTP PKG SERI DUNGUN UNTUK MUAT TURUN BAHAN DI BAWAH :
BAHAN SR : TEMPLATE NILAM SEKOLAH RENDAH 2017
BAHAN SM : TEMPLATE NILAM SEKOLAH MENENGAH 2017
Sunday, March 19, 2017
KURSUS VLE ( MODUL PIE ) GURU-GURU SK BALAI BESAR
Satu Kursus VLE telah dianjurkan pada 19 Mac 2015 bertempat di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada guru berkaitan penggunaan Modul PIE dalam PdP. Sepanjang kursus diadakan, guru menunjukkan minta dan kesungguhan untuk mempelajari modul PIE ini. Kursus ini dianjurkan oleh PKG Seri Dungun dengan kerjasama GPB sekolah berkenaan. Semoga ilmu yang diperolehi ini nanti akan dikongsi kepada rakan-rakan guru yang lain dalam memastikan KPI penggunaan VLE tercapai.
Subscribe to:
Posts (Atom)






