Bagi memastikan Tokoh NILAM Daerah Dungun lebih bersedia untuk bersaing dalam Anugerah NILAM Negeri Terengganu, PKG Daerah Dungun telah mengadakan Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM pada 23 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Seramai 5 orang Fasilitator yang terlibat. Tokoh NILAM dibantu dalam emmantapkan lagi keyakinan diri, penampilan diri, keupayaan dalam pengucapan awam dan juga berpeluang berjumpa Tuan Timbalan PPD bagi mendengar suntikan semangat dalam emmbawa nama Daerah Dungun ke persada NILAM Negeri Terengganu. Semoga TOKOH NILAM Daerah Dungun berjuang dengan bersungguh-sungguh dan menjadi permata NILAM Negeri Terengganu...Amin. Terima aksih juga kepada semua fasilitator yang bersama-sama menjayakan bengkel ini.
Wednesday, October 24, 2018
Thursday, October 18, 2018
ANUGERAH NILAM DAERAH DUNGUN 2018
Pada 17 Oktober 2018, Anugerah NILAM Daerah Dungun telah diadakan secara dalaman di PKG Seri Dungun. Seramai 20 orang peserta yang telah tersenarai pendek selepas pemilihan diadakan melalui Anugerah NILAM PKG Daerah Dungun. Tokoh NILAM Daerah setiap kategori akan mewakikli daerah Dungun ke peringkat Anugerah NILAM Negeri Terengganu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Monday, October 15, 2018
ANUGERAH NILAM PKG SERI DUNGUN 2018
Pada 8 hb dan 11 Oktober 2018, PKG Seri Dungun telah mengadakan Anugerah NILAM bagi murid Tahun 5 dan Tingkatan 5. Pemilihan ini diadakan lebih awal bagi memberi ruang dan masa yang lebih lama untuk memantapkan lagi calon NILAM yang mewakili negeri Terengganu pada awal 2019 nanti. Pemilihan peringkat sekolah rendah diadakan di PKG Seri Dungun dan peringkat sekolah menengah di PKG Pulau Serai. Seramai 4 orang hakim yeng terdiri daripada guru-guru sekoalh ahli dipilih bagi melancarkan lagi proses pemilihan. Tahniah kepada peserta yang terlibat ke peringkat Anugerah NILAM Daerah Dungun.
Tuesday, October 2, 2018
MESYUARAT JKPA PKG SERI DUNGUN BIL 2 2018
Mesyuarat JKPA Bil 2 2018 telah diadakan pada 1 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh. Banyak perbincangan dan kata muafakat yang diperolehi sepanjang mesyuarat ini dalam memeperkasakan fungsi JKPA bagi memastikan kecemerlangan sekolah ahli PKG Seri Dungun.
Tuesday, September 4, 2018
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU (KATEGORI SM) 2018
Pada 3 September 2018 ( Isnin ), PSS Daruk Hikmah, SMASID telah dinilai bagi APSSNT 2018. PSS Darul Hikmah sekolah ahli PKG Seri Dungun dan telah membawa nama Daerah Dungun ke persada APSSNT 2018. Penilaian bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Bersempena penilaian ini, pihak SIDTV mengambil peluang keemasan ini untuk membuat pelancaran Studio SIDTV. Perasmian ini dilancarkan oleh Ketua Penilai, Tn Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid. Alhamdulillah penilaian berjalan dengan lancar. Semoga ada sinar kejayaan buat PSS Darul Hikmah. InsyaAllah...
Subscribe to:
Posts (Atom)




