Pada 8 hb dan 11 Oktober 2018, PKG Seri Dungun telah mengadakan Anugerah NILAM bagi murid Tahun 5 dan Tingkatan 5. Pemilihan ini diadakan lebih awal bagi memberi ruang dan masa yang lebih lama untuk memantapkan lagi calon NILAM yang mewakili negeri Terengganu pada awal 2019 nanti. Pemilihan peringkat sekolah rendah diadakan di PKG Seri Dungun dan peringkat sekolah menengah di PKG Pulau Serai. Seramai 4 orang hakim yeng terdiri daripada guru-guru sekoalh ahli dipilih bagi melancarkan lagi proses pemilihan. Tahniah kepada peserta yang terlibat ke peringkat Anugerah NILAM Daerah Dungun.
Monday, October 15, 2018
Tuesday, October 2, 2018
MESYUARAT JKPA PKG SERI DUNGUN BIL 2 2018
Mesyuarat JKPA Bil 2 2018 telah diadakan pada 1 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh. Banyak perbincangan dan kata muafakat yang diperolehi sepanjang mesyuarat ini dalam memeperkasakan fungsi JKPA bagi memastikan kecemerlangan sekolah ahli PKG Seri Dungun.
Tuesday, September 4, 2018
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU (KATEGORI SM) 2018
Pada 3 September 2018 ( Isnin ), PSS Daruk Hikmah, SMASID telah dinilai bagi APSSNT 2018. PSS Darul Hikmah sekolah ahli PKG Seri Dungun dan telah membawa nama Daerah Dungun ke persada APSSNT 2018. Penilaian bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Bersempena penilaian ini, pihak SIDTV mengambil peluang keemasan ini untuk membuat pelancaran Studio SIDTV. Perasmian ini dilancarkan oleh Ketua Penilai, Tn Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid. Alhamdulillah penilaian berjalan dengan lancar. Semoga ada sinar kejayaan buat PSS Darul Hikmah. InsyaAllah...
Friday, August 10, 2018
BENGKEL PENGISIAN SSQS ( DOMAIN PSS ) & PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE 2018
Bagi memastikan pengisian SSQS bagi domain PSS lebih lancar, PKG Seri Dungun telah melaksanakan pengisian secara berkelompok. Bengkel ini diadakan pada 9 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun. Objektif utama pengisian secara berkelompok ini bertujuan agar semua GPM dapat memahami setiap item pada instrumen SSQS dan dapat membuat pengisian dengan lebih yakin dan telus bagi mengelakkan pengisian yang kurang tepat dalam membantu peningkatan markah SSQS. Di samping itu, pendedahan dapat diberikan secara terus kepada GPM lantiikan baru.
Wednesday, August 8, 2018
BENGKEL KHIDMAT BANTU SMASID (CALON APSSNT KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2018)
SMA Sultan Ismail Dungun telah terpilih mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2018. Bagi bersama-sama membantu persediaan sekolah berkenaan, pihak PKG telah mengadakan khidmat bantu sebanyak dua kali iaitu siri pertama pada 17 dan 18 Julai 2018 manakala siri kedua pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018. Khidmat bantu ini melibatkan 16 orang GPM sekolah ahli yang terpilih. Pihak PKG merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada JU PSS Daerah Dungun, Pn Hjh Salina bt Jumaah ( GPM SMKTIZ) dan semua GPM yang terlibat. Semoga SMASID beroleh kejayaan dalam APSSNT 2018. Selamat berjuang.
#Dungun Cemerlang
# PSS Dihatiku.
Subscribe to:
Posts (Atom)




