Bagi memastikan pengisian SSQS bagi domain PSS lebih lancar, PKG Seri Dungun telah melaksanakan pengisian secara berkelompok. Bengkel ini diadakan pada 9 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun. Objektif utama pengisian secara berkelompok ini bertujuan agar semua GPM dapat memahami setiap item pada instrumen SSQS dan dapat membuat pengisian dengan lebih yakin dan telus bagi mengelakkan pengisian yang kurang tepat dalam membantu peningkatan markah SSQS. Di samping itu, pendedahan dapat diberikan secara terus kepada GPM lantiikan baru.
Friday, August 10, 2018
BENGKEL PENGISIAN SSQS ( DOMAIN PSS ) & PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE 2018
Bagi memastikan pengisian SSQS bagi domain PSS lebih lancar, PKG Seri Dungun telah melaksanakan pengisian secara berkelompok. Bengkel ini diadakan pada 9 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun. Objektif utama pengisian secara berkelompok ini bertujuan agar semua GPM dapat memahami setiap item pada instrumen SSQS dan dapat membuat pengisian dengan lebih yakin dan telus bagi mengelakkan pengisian yang kurang tepat dalam membantu peningkatan markah SSQS. Di samping itu, pendedahan dapat diberikan secara terus kepada GPM lantiikan baru.
Wednesday, August 8, 2018
BENGKEL KHIDMAT BANTU SMASID (CALON APSSNT KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2018)
SMA Sultan Ismail Dungun telah terpilih mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2018. Bagi bersama-sama membantu persediaan sekolah berkenaan, pihak PKG telah mengadakan khidmat bantu sebanyak dua kali iaitu siri pertama pada 17 dan 18 Julai 2018 manakala siri kedua pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018. Khidmat bantu ini melibatkan 16 orang GPM sekolah ahli yang terpilih. Pihak PKG merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada JU PSS Daerah Dungun, Pn Hjh Salina bt Jumaah ( GPM SMKTIZ) dan semua GPM yang terlibat. Semoga SMASID beroleh kejayaan dalam APSSNT 2018. Selamat berjuang.
#Dungun Cemerlang
# PSS Dihatiku.
Monday, July 16, 2018
LAWATAN PENANDA ARAS GPM SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2018
Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Ahli PKG Seri Dungun telah mengadakan Lawatan Penanda Aras PSS ke SK Padang Mengkuang ( Naib Johan APSSK 2018 Kategori Sekolah Rendah ). Lawatan ini telah diadakan pada 15 Julai 2018. Lawatan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada GPM berkongsi idea dan pengalaman bagi meningkatkan lagi kecemerlangan PSS sekolah masing-masing. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada GPM sekolah berkenaan dan seluruh warga guru dan staf kerana sudi menerima kehadiran kami dan atas semua perkongsian yang diberikan. semoga PSS SK Padang Mengkuang terus cemerlang. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan dalam menjayakan lawatan ini.
Friday, June 8, 2018
PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2018
Pada 7 Jun PKG Seri Dungun dengan kerjasama Perpustakaan Awam Dungun telah berkolaboratif dalam menjayakan program ini. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Perpustakaan Awam Dungun. Seramai 100 orang peserta yang terlibat di mana pelajar dan 2 orang guru pengiring dari tiga buah sekolah ahli PKG Seri Dungun telah dipilih iaitu SMA Sultan Ismail, Sm IMTIAZ YT Dungun dan SMK Sulta Omar. Slot pertama disi dengan slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En Wahairi bin Mahmud, Pensyarah UiTM Dungun. Slot kedua bacaan ayat suci al-Quran secara serentak yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syaban, Guru Al-Quran SMA Sultan Ismail. Pihak kami selakumurusetia program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Wednesday, May 2, 2018
BENGKEL ASAS EDITING VIDEO DAN PENDEDAHAN TEKNOLOGI GREEN SCREEN 2018
Pada 30 April dan 2 Mei 2018, Penyelaras TVPSS PKG Seri Dungun telah diberi pendedahan berkaitan asas editing video dan teknologi Green Screen. Bengkel ini diadakan bagi membantu dan meningkatkan kemahiran asas editing video dalam memperkasakan TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun. Terima kasih kepada Fasilitator yang terlibat, En Alias bin Muda, En Mohd Hanif bin Hj Mohd dan Puan Wahidatun bt Abdul Wahab atas kerjasama dan kesungguhan sepanjang bengkel ini. Semoga impak dari bengkel ini, TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun mula mengorak langkah untuk lebih ke depan seiring dengan hasrat BTPNT memastikan semua TVPSS sekolah di Terengganu mencapai sekurang-kurangnya Versi 2.0 dan menambah bilangan Versi 4.0.
Subscribe to:
Posts (Atom)




