Khidmat bantu ICT SJK Sin Chone telah dijalankan selama dua hari pada 30 dan 31 Januari 2018. Khidmat bantu ini melibatkan juruteknik PKG Seri Dungun, juruteknik & EIO PKG Pulau Serai dan juruteknik sekolah. Sepanjang dua kali khidmat bantu ini dijalankan, beberapa buah pc yang rosak telah berjaya dipulihkan dan dapat digunakan untuk PdPC.
Thursday, February 1, 2018
TAKLIMAT PENGURUSAN AKTIVITI NILAM SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2018
Taklimat ini telah diadakan pada 31 Januari 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungung pada jam 2.00 petang. Pn Norhayati bt bidin, PTP PKG Seri Dungun telah menyampaikan taklimat ini. Semua Penyelaras NILAM sekolah ahli PLKG Seri Dungun terliubat dalam taklimat ini. Objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada penyelaras NILAM terutama penyelaras lantikan baru dapat pengurusan aktiviti NILAM di sekolah. Selain itu, KPI NILAM turut ditekankan bagi memastikan KPI yang dirancang tercapai bagi tahun 2018.
Tuesday, January 30, 2018
Tuesday, January 23, 2018
LAWATAN LOKASI AUDIT SIRIM ISO BAGI PELAKSANAAN PROGRAM KBPSS 2017
Auditor SIRIM, Cik Noraidah bagi Pensijilan Semula Audit SIRIM BTPNT telah memilih SK Batu 48 sebagai sample lokasi bagi memantau dan membuat pemverifikasian Pelaksanaan Dokumen Kualiti PKP02 (KBPSS) 2017. Lawatan ini telah diadakan pada 22 Januari 2018. Semua proses pemverifikasian berjalan dengan lancar. Auditor berpuashati dengan pelaksanaan program berkenaan mengikut proses alir kerja yang telah ditetapkan. Terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan.
Sunday, January 21, 2018
MESYUARAT PENGURUSAN AKTIVITI PKG-PPD DAERAH DUNGUN 2018
Mesyuarat Pengurusan Aktiviti PKG-PPD Daerah Dungun 2018 telah diadakan pada 18 Januari 2018 bertempat di PKG Pulau Serai. Mesyuarat ini melibatkan Pegawai TVET PPD, Penyelia ICT PPD, PTP PKG Daerah Dungun dan Pengerusi JKPA PKG Daerah Dungun. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perjalanan program dan aktiviti sekolah Daerah Dungun. Sekali itu, mesyuarat ini turut membincangkan strategi dan perancangan untuk kecemerlangan sekolah yang meliputi semua aspek. Gabungan dan kebersamaan dalam aktiviti serta program antara PPD-PKG ini diharapkan dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah Daerah Dungun,
Subscribe to:
Posts (Atom)





