"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Saturday, January 6, 2018

MESYUARAT PENGURUSAN PKG DAERAH DUNGUN BIL 1 2018

Mesyuarat Pengurusan PKG Daerah Dungun Bil 1/ 2018 telah diadakan pada 3 Januari 2018 bertempat di PKG Paka. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan strategi dan perancangan aktiviti daerah bagi tahun 2018. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan berkaitan dapatan 2017 yang perlu dibuat penambahbaikan bagi memantapkan lagi program dan aktiviti 2018. En Zulkifli bin Mohd Ghani selaku Ketua PKG Daerah telah mempengerusikan mesyuarat ini. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Sunday, December 31, 2017

SOROTAN 2017


Beberapa pic kenangan sepanjang perjalanan program dan kejayaan 2017. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama warga sekolah ahli dan PKG Seri Dungun. Semoga 2018 PKG Seri Dungun akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang..amin..SELAMAT TINGGAL 2017!!

Wednesday, December 20, 2017

PENARAFAN PKG 2017


Penarafan PKG Negeri Terengganu bagi 2017 sedang dijalankan. PKG Seri Dungun telah selesai dibuat penarafan pada 21 Disember 2017 jam 2.00 petang. Pegawai Pemantau terdiri daripada Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad yang menilai bidang pengurusan dan Pegawai Teknologi Pendidikan  UPS, En Ahmad Rafhan bin Mansor yang menilai bidang pengurusan Pusat Sumber Pendidikan PKG.  Sepanjang penarafan dibuat, banyak input dan cadangan penambahbaikan yang telah diutarakan untuk kecemelangan  tahun-tahun akan datang. Terima kasih kepada pegawai penilai yang terlibat.