Bengkel khidmat bantu ini telah diadakan pada 18-20 Disember 2017 di Pusat Akses SM Sains Dungun. Fokus utama khidmat bantu kali ini untuk menaiktaraf pusat akses sekolah berkenaan. Seramai 6 orang Juruteknik Daerah Dungun yang terlibat. Semoga Pusat Akses SM Sains Dungun dapat berfungsi dengan lebih cemerlang dan berwajah baru 2018.
Wednesday, December 20, 2017
Monday, December 11, 2017
BENGKEL E-SEMAKAN E-RPH BAGI PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Kluster PLC JKPA PKG Seri Dungun pada 29 November 2017 bertempat di FCR, SMK Balai Besar. Bengkel ini diadakan untuk memberi kemahiran dan pendedahan kepada semua pentadbir sekolah ahli PKG Seri Dungun berkaitan pengendalian terutama cara untuk membuat semakan e-RPH yang akan dilaksanakan pada tahun 2018. Fasilitator yang terlibat adalah Fasilitator e-RPH Negeri Terengganu yang juga merupakan GPB sekolah ahli PKG Seri Dungun sendiri. Fasilitator yang terlibat ialah Cg Zazali bin Mohamad ( SM Sains Dungun), Cg Tarmizi bin Mohamed Adnan ( SMK Sura ) dan Cg Azhar bin Kodi ( KVD ). Semoga pelaksanaan e-RPH tahun 2018 dapat dilaksanakan dengan lancar. Melalui e-RPH ini akan membantu penggunaan VLE guru kerana pelaksanaannya melalui aplikasi Google Drive VLE. Syabas diucapkan kepada sekolah ahli PKG Seri Dungun kerana menyahut saranan BTPNT dan JPNT dalam pelaksanaan e-RPH 2018.
Wednesday, December 6, 2017
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN PUSAT AKSES 2017
Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Akses telah diadakan pada 5 Disember 2017 bertempat di Kolej Vokasional Dungun. Bengkel ini melibatkan semua Juruteknik Daerah Dungun. Objektif utama bengkel ini memberi pendedahan kepada semua Juruteknik Sekolah Daerah Dungun berkaitan pengurusan pusat akses yang cemerlang. Pusat Akses Kolej Vokasional Dungun telah dipilih sebagai lokasi bengkel kerana pusat akses sekolah berkenaan telah dinobatkan sebagai Pusat Akses Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2017. Pn. Nooraznita bt Zakaria selaku Juruteknik Pusat Akses berkenaan telah dilantik sebagai Fasilitator Utama dan dibantu oleh Juruteknik PKG Daerah Dungun untuk berkongsi tip-tip kecemerlangan pengurusan Pusat Akses di bawah seliaan beliau. Melalui bengkel ini, pihak PKG berharap perkongsian yang diterima dapat digunakan untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan Pusat Akses sekolah masing-masing.
Tuesday, December 5, 2017
ANNUAL DINNER PKG DAERAH DUNGUN 2017
Julung-julung kalinya PKG Daerah Dungun telah berjaya mengadakan Majlis Annual Dinner PKG Daerah Dungun 2017. Majlis ini diadakan di Dewan Gadung, Hotel UiTM Terengganu Cawangan Dungun. Objektif utama majlis ini adalah untuk memupuk silaturrahim sesama warga PKG dan bersuai kenal sesama ahli keluarga warga PKG. Antara agenda utamanya;
- Tayangan Video Kejayaan Sekolah dalam Anugerah Pembestarian Sekolah 2017
- Pertukaran Hadiah
- Sambutan Hari Jadi Anak
- Cabutan Bertuah
- Tayangan Video Sweet Moment PKG 2017
KECEMERLANGAN SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN SEMPENA ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2017
Sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Terengganu 2017 yang telah diadakan pada 5 November 2017, alhamdulillah 3 buah sekolah ahli PKG Seri Dungun iaitu SM Sains Dungun, Kolej Vokasioanl Dungun dan SK Batu 48 yang mewakili Daerah Dungun telah mencatat kejayaan cemerlang. Warga PKG Seri Dungun mengucapkan sekalung tahniah dan berharap agar kejayaan tahun ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang pada tahun-tahun akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)



