PROGRAM
|
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017
|
AKTIVITI
|
-BAIKPULIH KOMPUTER
-KONFIGURASI KOMPUTER
-KONFIGURASI RANGKAIAN LAN
|
PENGLIBATAN
|
-JURUTEKNIK PKG DAERAH DUNGUN
-JURUTEKNIK SEKOLAH DAERAH DUNGUN
-EIO PKG DAERAH DUNGUN
|
OBJEKTIF
|
-MEMASTIKAN MAKMAL KOMPUTER DAPAT BEROPERASI UNTUK PdPC
-MEMASTIKAN CAPAIAN INTERNET MENYELURUH UNTUK KEGUNAAN PELAJAR
-MEMASTIKAN KOMPUTER DAPAT DIGUNAKAN DENGAN LEBIH EFISYEN
|
SASARAN
|
-SK SURA – 14 SEPT 2017
-SMK BALAI BESAR – 18 & 19 SEPT 2017
-SK SULTAN OMAR – 20 SEPT 2017
-SJKC KWANG HWA – 25 & 26 SEPT 2017
-SK KUALA DUNGUN – 27 & 28 SEPT 2017
|
Sunday, October 1, 2017
BENGKEL KHIDMAT BANTU ICT SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2017
Thursday, September 28, 2017
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE PKG TAHUN 2017
AKTIVITI
|
PEMANTAUAN PKP01 BTPN TERENGGANU KE
PKG
|
TARIKH
|
27 SEPTEMBER 2017
|
MASA
|
9.00 PAGI
|
TEMPAT
|
PKG SERI DUNGUN
|
PEGAWAI
PEMANTAU
|
MOHD ALHADI BIN YAALI
AHMAD RAFHAN BIN ZAID @ MANSOR
|
Friday, September 8, 2017
BENGKEL KHIDMAT BANTU APSSNT (KATEGORI SR) 2017
5hb dan 7hb September 2017 - Pihak PKG Seri Dungun telah mengadakan bengkel khidmat bantu APSSNT ( kategori SR ) kepada SK Batu 48 iaitu wakil daerah Dungun. Bengkel ini diadakan bagi membantu persediaan sekolah berkenaan. Fokus utama bengkel ini adalah menyiapkan dan melengkapkan pengisian bahan dan dokumen bagi fail-fail yang diperlukan mengikut instrumen penilaian. Seramai 6 orang GPM dan PTP PKG Daerah Dungun yang dilibatkan dalam bengkel ini. Semoga khidmat bantu ini dapat memberi suntikan positif kepada GPM sekolah berkenaan selain memberi pendedahan kepada GPM yang terlibat berkaitan APSSNT 2017. GOOD LUCK...
BENGKEL PERTENGAHAN PENGURUSAN TVPSS DAERAH DUNGUN 2017
6 September 2017 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Bengkel Pertengahan Pengurusan TVPSS untuk semua Penyearas TVPSS Daerah Dungun. Bengkel ini diadakan sebagai kesinambungan Bengkel Asas Pengurusan TVPSS yang telah diadakan pada tahun lepas. Tujuan utama bengkel ini untuk memberi garis panduan dalam pengurusan TVPSS agar selari dengan objektif penubuhan TVPSS Negeri Terengganu. Pihak PKG telah menjemput 3 orang fasilitator hebat yang diketuai oleh pengasas TVPSS sendiri iaitu Tuan Hj Akram@ Amir bin Abd Majid ( Ketua Unit UPSP BTPNT ) untuk memberi penerangan dan perkongsian cara-cara untuk menghasilkan video/grafik yang hebat dalam penghasilan video yang baik. Fasilitator Pn Yusliza bt Yusuf( GPM SMKKJ/CEO TVPSS AN Najwa) pula dijemput untuk perkongsian kejayaan TVPSS An Najwa dan En Mohd Rozi bin Ahmad pula berkongsi berkaitan penghasilan asas-asas menggunakan Green Screen dalam penghasilan video dan liputan TVPSS yang hebat. Semoga perkongsian daripada ketiga-tiga orang fasilitator hebat ini akan membawa kecemerlangan TVPSS Daerah Dungun..InsyaAllah.
Tuesday, August 8, 2017
BENGKEL LITERASI BACAAN DALAM NILAM DITAMBAH BAIK 2017
8 Ogos 2017 - PKG Seri Dungun telah mengadakan Bengkel Literasi Bacaan Dalam NILAM Ditambah baik. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pemantapan kepada Penyelaras NILAM sekolah ahli dalam menjalankan aktiviti NILAM dengan lebih berkesan. Usaha ini bertujuan untuk memantapkan lagi pelaksanaan NILAM Tambahbaik di peringkat sekolah. Selain itu, Penyelaras NILAM diberi penerangan lebih terperinci bagi pemurnian dalam pengisian data NILAM menggunakan Template yang telah diperkenalkan bagi kutipan data 2017.
Subscribe to:
Posts (Atom)





