Sempena bulan Syawal yang penuh keberkatan, PKG Daerah Dungun telah mengadakan Majlis Bersama Pelanggan dan Sambutan Hari Raya 2017. Majlis ini diadakan di PKG Seri Dungun pada 16 Julai 2017.Sambutan
kali ini dimeriahkan dengan kehadiran tetamu daripada PPD Dungun,
Pengetua / Guru Besar, Mantan-mantan pegawai PKG, Guru Penyelaras
Bestari/Guru ICT, Guru Perpustakaan dan Media, Juruteknik, EIO Sekolah
ahli PKG Daerah Dungun yang terdiri daripada PKG Pulau Serai, PKG Seri
Dungun, PKG Paka & PKG Bukit Besi. Pelbagai juadah raya telah
disediakan sempena sambutan kali ini. Majlis turut meraikan pegawai dan
staf yang telah bertukar iaitu En. Sofian bin Mustaffa (Bertukar ke Unit
Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik Suhana binti Mohamad @ Mohd
Azam (Bertukar ke Unit Pembestarian Sekolah, BTPN Terengganu), Cik
Faziani binti Othman (Bertukar ke PKG Marang), Pn. Noor Zurina binti
Zulkifli (Bertukar ke SK Bukit Mentok, Kemaman) dan Pn. Siti Nur Saadah
(Bertukar ke SK SMA Sultan Ismail, Dungun). Diharapkan majlis ini dapat
mengeratkan ukhuwah persaudaraan di kalangan warga PKG Daerah Dungun dan
rangkaiannya.
Monday, July 17, 2017
Friday, July 14, 2017
BENGKEL PENGURUSAN BILIK BBM SEKOLAH HALI PKG SERI DUNGUN 2017
Bengkel ini telah
diadakan pada 12-13 Julai 2017 bertempat di SK Batu 48. Bengkel ini melibatkan GPM /Penyelaras Bilik
BBM sekolah ahli. Sepanjang dua hari berbengkel, PTP PKG dengan bantuan
Fasilitator Hjh Salina bt Jumaah telah memberi pendedahan berkaitan pengurusan
Bilik BBM terutama Proses Teknik BBM yang betul. Di samping berbengkel, peserta
bengkel telah membantu Bilik BBM SK Batu 48 kerana SK Batu 48 telah dicalonkan
mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2017. PTP PKG Pulau Serai dan PTP PKG Paka turut
bersama-sama menjayakan bengkel ini.
Wednesday, June 21, 2017
SALAM AIDILFITRI 2017
Kami di Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam yang menyambut hari lebaran ini terutamanya kepada sekolah ahli PKG Seri Dungun.
Tuesday, April 25, 2017
PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT (LETS READ TOGETHER) SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017
25 April 2017 - Bagi menyokong Program Jom Membaca untuk 10 minit yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, kakitangan PKG Seri Dungun turut melaksanakan program berkenaan pada Jam 11.00-11.10 pagi tadi. Program ini diadakan di D'Seri Library, PKG Seri Dungun. Di samping itu, program ini juga bertujuan mendorong kakitangan PKG Seri Dungun membaca, di mulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari ini sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit Setiap Hari. Program ini juga dijalankan serentak di seluruh Malaysia oleh Perpustakaan Awam Negeri masing-masing.#jombaca10minit#budayamembacamalanmulia#indahnyabilailmumengalir
Wednesday, April 12, 2017
PEMERIKSAAN PELUPUSAN ASET
Pemeriksaan Pelupusan Aset telah dijalankan oleh En Ruzlan bin Abdul Rani ( Pegawai Teknologi Pendidikan),Unit Kewangan dan Perolehan pada 11 April 2017. Pemeriksaan ini dijalankan bagi memastikan barang dan peralatan yang telah dimohon pelupusan mengikuti aspek yang telah ditetapkan. Selain itu, En Ruzlan turut membuat pemantauan Stor Unit dan fail-fail yang berkaitan. Impak daripada pemeriksaan dan pemantaun ini, banyak cadangan penambahbaikan yang telah diberikan oleh beliau dalam membantu pengurusan PKG Seri Dungun ke arah yang
lebih cemerlang.
Subscribe to:
Posts (Atom)





