"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Sunday, February 5, 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG SERI DUNGUN BIL 1/ 2017




 6 FEBRUARI 2017 - Mesyuarat JKPA PKG Seri Dungun Bil 1/2017 telah berjaya diadakan mengikut perancangan, Tentatif awal, mesyuarat secara daerah diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi yang dirasmikan oleh En. Nize bin Muhammad ( Ketua Unit, UPS, BTPNT ). Turut hadir bersama Tn Akram @ Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit UPSP ) dan En che Mohd Yusri bin Che Hassim ( Pegawai TVET, PPD Dungun ). Dalam mesyuarat berkenaan banyak dapatan dan perancanagn yang telah dibentangkan. Selain itu, dalam majlis berkenaan juga telah disampaikan sijil penghargaan bagi sekolah yang mendapat 5 Bintang bagi  Penarafan PSS ( Domain GPM dalam SSQS ) bagi tahun 2016. Pada jam 11.00 pagi, mesyuarat JKPA mengikut PKG telah diadakan secara berasingan  bagi membincangkan permasalahan dan perancangan sekolah ahli. Dalam mesyuarat ini juga didedahkan dengan panduan pengoperasian baru PKG. 



MUAT TURUN >>DISINI<<

Thursday, February 2, 2017

ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN/PKG TERENGGANU 2016



Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2016 telah diadakan di Bilik Seminar BTPN Terengganu pada 2 Februari 2017 (Khamis).Majlis  diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga BTPN dan PKG Terengganu .Hampir 20 Kategori hadiah telah disampaikan pada hari berkenaan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan,Tn.Hj Matsor Ismail yang mewakili Pengarah Pendidikan Terengganu. Timbalan Pengarah Pendidikan turut menyempurnakan pelancaran MISI 125 351 25 (Pembestarian Sekolah Terengganu).Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Votek Pejabat Pendidikan Daerah dan  Pengerusi JKPA PKG turut diadakan. Pada anugerah tahun ini, PKG Seri Dungun telah dinobatkan PKG Terbaik Kategori Berbangunan Khas. Tahniah diucapkan kepada PTP dan Staf PKG Seri Dungun. Semoga tahun-tahun akan datang lebih cemerlang..Amin.

Tuesday, January 10, 2017

PEMANTAUAN DAN VERIFIKASI PENCALONAN ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2016



Sempena Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016, beberapa buah sekolah Ahli PKG Seri Dungun telah terpilih mewakili PKG Daerah Dungun yang telah dipantau dan diverifikasi pada 9 dan 10 Januari 2017 baru-baru ini bagi kategori-kategori  berikut.;

1. SM SAINS DUNGUN - Anugerah Pengurusan Pembestarian SSQS Terbaik
2. SMK TENGKU INTAN ZAHARAH - Anugerah Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Terbaik  ( Sekolah Menengah )
3. KOLEJ VOKASIONAL DUNGUN - Anugerah Pengurusan Pusat Akses Terbaik
4. SK BALAI BESAR - Anugerah Penggunaan Bahan Digital MBMMBI Terbaik ( Sekolah Rendah )

Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan TAHNIAH dan semoga ada rezeki kejayaan sekolah-sekolah berkenaan pada hari anugerah itu nanti..INSYAALLAH...

Wednesday, December 21, 2016

PENARAFAN PKG SERI DUNGUN 2016




22 Disember 2016 - Penarafan PKG Seri Dungun bagi tahun 2016 telah dijalankan dengan jayanya pada 21 Disember 2016 pada jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Penarafan PKG ini mengambil kira pemantauan berkaitan pengurusan pejabat secara keseluruhan dan Pusat Sumber Pendidikan. Penarafan ini dijalankan oleh Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad dan  PTP UPS, En Mohd Al-Hadi bin Yaali. Sepanjang penarafan berjalan, banyak input yang diperolehi sebagai penambahbaikan bidang  pengurusan pejabat dalam memastikan kecemerlangan  bagi tahun-tahun yang akan datang. Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang penilai atas kejayaan dan kelancaran  pelaksanaan penarafan PKG Seri Dungun bagi tahun 2016  ini.

Monday, November 28, 2016

MAJLIS LAMBAIAN KASIH JKPA PKG SERI DUNGUN 2016



27 November 2016 - Jawatankuasa Kerja Kebajikan dan Sosial JKPA PKG Seri Dungun telah mengadakan Majlis Lambain Kasih JKPA 2016. Majlis ini telah diadakan bagi meraikan ahli JKPA PKG Seri Dungun yang telah bertukar dan telah bersara bagi sepanjang tahun 2016. Majlis yang penuh bermakna ini juga bertujuan menghargai jasa dan kerjasama ahli sepanjang berada di bawah organisasi JKPA PKG Seri Dungun.  Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En Azmi bin Yusoff sebagai wakil PPD Dungun. Majlis ini diadakan di Restoran Mayang Sari Resort Dungun bermula jam 2.30 petang dan berakhir 4.30 ptg. Majlis seumpama ini akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan   bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli JKPA. Senarai ahli yang diraikan ;

1. YM KU AHMAD BIN KU IBRAHIM
2. TN HAJI HARAMAYNI BIN SHAMSUDDIN
3. TN HAJI MOHD SIDEK BIN EMBONG
4. EN WAN SU BIN JAAFAR
5. EN MOHD NOR BIN CHIK
6. PN MYSHITTAH BT M.ALI
7. PN CHE ROBIAH BT ABDULLAH
8. PN YEO KIN HWA
9. TN HAJI AWANG BIN JUNOH
10. PN HAJAH ROSMANI BT BESAR