Tarikh : 12 Januari 2016
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Seri Dungun
Peserta : Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Seri Dungun
Peserta : Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Seri Dungun
Peserta didedahkan mengenai
perlaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar
dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Mengenai HIP, ia satu
program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan
penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan
menanam sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan
Bahasa Inggeris.
Bagi DLP, ia merupakan
program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang
menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam
dua bahasa, sama ada BM atau BI.