22 Disember 2016 - Penarafan PKG Seri Dungun bagi tahun 2016 telah dijalankan dengan jayanya pada 21 Disember 2016 pada jam 2.00 petang hingga 5.30 petang. Penarafan PKG ini mengambil kira pemantauan berkaitan pengurusan pejabat secara keseluruhan dan Pusat Sumber Pendidikan. Penarafan ini dijalankan oleh Ketua Unit UPS, En Nize bin Muhammad dan PTP UPS, En Mohd Al-Hadi bin Yaali. Sepanjang penarafan berjalan, banyak input yang diperolehi sebagai penambahbaikan bidang pengurusan pejabat dalam memastikan kecemerlangan bagi tahun-tahun yang akan datang. Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua orang penilai atas kejayaan dan kelancaran pelaksanaan penarafan PKG Seri Dungun bagi tahun 2016 ini.
Wednesday, December 21, 2016
Monday, November 28, 2016
MAJLIS LAMBAIAN KASIH JKPA PKG SERI DUNGUN 2016
27 November 2016 - Jawatankuasa Kerja Kebajikan dan Sosial JKPA PKG Seri Dungun telah mengadakan Majlis Lambain Kasih JKPA 2016. Majlis ini telah diadakan bagi meraikan ahli JKPA PKG Seri Dungun yang telah bertukar dan telah bersara bagi sepanjang tahun 2016. Majlis yang penuh bermakna ini juga bertujuan menghargai jasa dan kerjasama ahli sepanjang berada di bawah organisasi JKPA PKG Seri Dungun. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En Azmi bin Yusoff sebagai wakil PPD Dungun. Majlis ini diadakan di Restoran Mayang Sari Resort Dungun bermula jam 2.30 petang dan berakhir 4.30 ptg. Majlis seumpama ini akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara ahli JKPA. Senarai ahli yang diraikan ;
1. YM KU AHMAD BIN KU IBRAHIM
2. TN HAJI HARAMAYNI BIN SHAMSUDDIN
3. TN HAJI MOHD SIDEK BIN EMBONG
4. EN WAN SU BIN JAAFAR
5. EN MOHD NOR BIN CHIK
6. PN MYSHITTAH BT M.ALI
7. PN CHE ROBIAH BT ABDULLAH
8. PN YEO KIN HWA
9. TN HAJI AWANG BIN JUNOH
10. PN HAJAH ROSMANI BT BESAR
Wednesday, October 19, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI (JKPA) PKG SERI DUNGUN BIL 2 2016
19 Oktober 2016 - Mesyuarat JKPA PKG Seri Dungun Bil 2/2016 telah diadakan dengan jayanya. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Seminar 2, PKG Seri Dungun pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Mesyuarat kali ini bertambah serinya apabila dipengerusikan oleh pengerusi baru iaitu En Yahaya bin Shefee ( Pengarah Kolej Vokasional Dungun ) menggantikan pengerusi sebelum ini yang telah bertukar ke Sarawak. Banyak perbincangan dan permasalahan sekolah ahli dapat diselesaikan melalui mesyuarat ini. Pengerusi turut meyampaikan penghargaan dan kenangan terakhir kepada Pegawai Perhubungan PKG Seri Dungun, YM Ku Ahmad bin Ku Ibrahim ( PTP BTPNT ) yang akan bersara pada minggu hadapan. Semua ahli mesyuarat mengucapkan selamat bersara dan mendoakan semoga beliau terus sucsess dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.
BENGKEL PENGGUNAAN REKOD PENGAJARAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) BAGI SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2016
11-12 Oktober 2016 - Satu bengkel berkaitan penggunaan rekod pengajaran dalam Laman Pembelajaran (VLE) telah diadakan di PKG Seri Dungun. Bengkel ini telah diadakan secara serentak bersama sekolah ahli PKG Pulau Serai. Pihak PKG telah menjemput En Azhar bin Kordi ( Penyelaras ICT Kolej Vokasional Dungun ) & En Zazali bin Mohamad ( Penyelaras ICT SM Sains Dungun ) sebagai fasilitator utama. Semoga bengkel yang berlangsung selama dua hari ini dapat memberi pendedahan baru kepada sekolah ahli dalam memperkasakan lagi penggunaan VLE di sekolah.
Thursday, August 25, 2016
KEMBARA MENJELAJAH FROG VLE DAERAH DUNGUN 2016
25 Ogos 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama Kolej Vokasional Dungun telah mengadakan Kembara Menjelajah Frog VLE di Dewan Votech,KVD selama dua hari aiatu 23-24 Ogos 2016. Kembara ini diadakan sempena Karnival Keusahawanan KV Skill yang telah diadakan oleh pihak KVD selama 2 minggu bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos 2016. Kembara selama dua hari ini bertujuan memperkenalkan program baru VLE iaitu Bengkel PIE, CHEF dan CHEnDOL kepada guru dan pelajar sekolah-sekolah yang dijemput ke karnival berkenaan. Guru dan pelajar juga diberi peluang untuk bersoal jawab berkaitan penggunaan Laman Pembelajaran VLE dan disediakan Quiz untuk mereka. Di samping itu, pihak PKG juga dapat memperkenalkan PKG kepada sekolah-sekolah yang terlibat.
Sunday, August 14, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA GPB/ICT BIL 2 DAN TAKLIMAT SSQS 2016
8 OGOS 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa GPB/ICT dan Taklimat SSQS 2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SMK Paka. Mesyuarat dan taklimat ini melibatkan semua GPB/ICT sekolah-sekolah Daerah Dungun. banyak isu yang telah dibincangkan dan diutarakan bagi mengatasi isu berkaitan ICT dalam memastikan kecemerlangan penggunaan ICT di sekolah. Sekolah-sekolah yang mempunyai permasalahan berkaitan pengisian penarafan SSQS telah dibantu oleh pihak PKG bagi memastikan pengisian dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
JAMUAN PERPISAHAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG DAERAH DUNGUN
14 Ogos 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Jamuan Perpisahan sempena pertukaran Ketua PKG Daerah, En Ramli bin Ismail ke PKG Seri Payong. Jamuan ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran PTP PKG P.Serai, En Amir bin Jaafar yang telah bertukar ke PKG Teruntum,Pahang. Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak PKG telah menjemput Pegawai VOTEK,PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Jamuan ini telah diadakan secara santai di UiTM Dungun.
Sunday, July 17, 2016
MESYUARAT PELAPORAN SKT SETENGAH TAHUN PKG DAERAH DUNGUN 2016
14 Julai 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Mesyuarat Pelaporan Aktiviti Setengah Tahun 2016 bertemapt di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini melibatkan semua pegawai dan staf PKG Daerah Dungun. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti yang telah dijalankan dan membincangkan aktiviti yang akan dijalankan bagi setengah tahun kedua 2016. banyak isu dan permasalahan yang telah dibincangkan dan mendapat kesepakatan dalam memastikan kecemerlangan sekolah-sekolah ahli. Selepas selesai mesyuarat, warga PKG Daerah Dungun diserikan dengan pelbagai hidangan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Semoga jamuan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara warga PKG Daerah Dungun.
Wednesday, June 29, 2016
MESYUARAT JAWATANKUASA GPM BIL 2 & BENGKEL PENGURUSAN ASAS TVPSS DAERAH DUNGUN 2016
11 Julai 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa GPM Bil 2 & Bengkel Pengurusan Asas TVPSS Daerah Dungun. Semua GPM sekolah menengah Daerah dungun terlibat dalam bengkel ini. Pihak PKG telah menjemput Tuan Haji Akram@Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit, UPSP, BTPNT) dan En Badru Hishan bin Mohd Zin ( PTP, UPSP, BTPNT) sebagai Fasilitator dalam menjayakan bengkel ini. Pihak PKG juga menjemput GPM SMK Ketengah Jaya ( Pn Yusliza bt Yusof ) dan GPM SMK Paka ( En Kamal Mizan bin Abdullah ) untuk membentangkan perkongsian TVPSS sekolah mereka yang telah berjaya diadakan. Semua GPM begitu teruja dan bersemangat untuk meneruskan hasrat dan saranan UPSP,BTPNT dalam mewujudkan TVPSS di sekolah-sekolah negeri Terengganu.
PROGRAM #MALAYSIA NGAJI 2016..#PKG SERI DUNGUN NGAJI 2016
29 Jun 2016 - Sebagai tanda menyokong PROGRAM #MALAYSIANGAJI 2016 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU anjuran PPAT, Pegawai dan staf PKG Seri Dungun turut mengadakan Program #PKGSDNGAJI 2016 pada jam 12.00 tgh. Semoga program seumpama ini terus diadakan bagi mengimarahkan lagi Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.
Monday, April 4, 2016
LAWATAN PENANDA ARAS JKPA & GPM PKG SERI DUNGUN 2016
23 Mac 2016 - Jawatankuasa Pengurusan Aktiviti ( JKPA )PKG Seri Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke SMA Maarif, Besut. Lawatan ini telah melibatkan seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada semua Pengetua & Guru Besar serta GPM sekolah ahli PKG Seri Dungun.
Walaupun lawatan ini diadakan selama satu hari tetapi ia telah memberi banyak input kepada PGB dan GPM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan PSS sekolah ahli. Perkongsian pendapat dan pengalaman bersama warga SMA Maarif sedikit sebanyak memberi inspirasi dalam merealisasikan PSS cemerlang abad ke-21.
Semoga jalinan ilmu antara sekolah ahli PKG Seri Dungun dan warga SMA Maarif semakin erat dalam perkongsian idea dan pendapat selepas ini. InsyaAllah.
Tuesday, March 15, 2016
PROGRAM PEMILIHAN DAN MAJLIS ANUGERAH TOKOH NILAM
DAERAH DUNGUN 2016
DAERAH DUNGUN 2016
1 Mac 2016 - Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan
kesemua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Ianya merangkumi rancangan
membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan (Pengurusan)
melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah (Aktiviti) dan
merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
Pusat Kegiatan Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan sesi pemilihan tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun 2016 yang berlangsung pada 01 Mac 2016 bertempat di SMK Bukit Besi. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang calon setiap kategori yang telah melepasi program saringan peringkat PKG telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini. majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan PPD Dungun, Hj Kassim bin Husin, Ketua Unit UPSP BTPNT, Tn Hj Akram@Amir b. Abdul majid dan Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama menjayakan sesi pemilihan ini.
Pusat Kegiatan Daerah Dungun dengan kerjasama PPD Dungun telah mengadakan sesi pemilihan tokoh Nilam Peringkat Daerah Dungun 2016 yang berlangsung pada 01 Mac 2016 bertempat di SMK Bukit Besi. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang calon setiap kategori yang telah melepasi program saringan peringkat PKG telah mengambil bahagian dalam sesi pemilihan ini. majlis penutup diserikan dengan kehadiran Tuan PPD Dungun, Hj Kassim bin Husin, Ketua Unit UPSP BTPNT, Tn Hj Akram@Amir b. Abdul majid dan Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan bersama-sama menjayakan sesi pemilihan ini.
KEPUTUSAN
PENUH ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2016
Kategori Sekolah Rendah Bahasa Malaysia
Kedudukan
|
Nama Pelajar
|
Sekolah
|
Johan
|
Khalida Irdina Batrisya bt Harun
|
SK Pulau Serai
|
Naib Johan
|
Filda
Malini bt Rosli
|
SK Jerangau
|
Ketiga
|
Nurien Maisarah bt Jahmaali
|
SK Ketengah Jaya II
|
Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
Kedudukan
|
Nama Pelajar
|
Sekolah
|
Johan
|
Anis Nafesa bt Alias
|
SK Balai Besar
|
Naib Johan
|
Siti nuraishah bt Zulkarnain
|
SK Felda Kerteh 1
|
Ketiga
|
Muhamad Syahmi Eyman b. Mohd Zakiyaman
|
SK Paka III
|
Kategori Sekolah Menengah Bahasa Malaysia
Kedudukan
|
Nama Pelajar
|
Sekolah
|
Johan
|
Nur Aida Sabriena bt Ramli
|
SM Sains Dungun
|
Naib Johan
|
Siti Adni bt Abd Rahman
|
SMK Tg. Intan Zaharah
|
Ketiga
|
Muhammad Nidzoom b. Yahya
|
SMK Seri Dungun
|
Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
Kedudukan
|
Nama Pelajar
|
Sekolah
|
Johan
|
Alia Aishah bt Abdul Aziz
|
SM Sains Dungun
|
Naib Johan
|
Arif Faisal b. Pauzai
|
SMK Tg. Intan Zaharah
|
Ketiga
|
Nur Amrina Naziha bt Amir
|
SMA Sultan Ismail
|
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...
Tuesday, February 16, 2016
MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI / ICT BIL.1/2016 & BENGKEL PENYELENGGARAAN ICT SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2016
14 Feb 2015, satu mesyuarat bagi guru penyelaras bestari dan guru ict sekolah telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Pendaftaraan guru-guru telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Bengkel berkenaan penyelenggaraan ict juga telah diadakan selepas mesyuarat dan telah disampaikan oleh PTP 1 PKG Seri Dungun, En. Mohd. Zamani bin Abdul Latif.
Thursday, February 4, 2016
MESYUARAT GURU PENYELARAS MEDIA & BENGKEL PENGURUSAN PSS SEKOLAH DAERAH DUNGUN TAHUN 2016
3 Feb 2016, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu mesyuarat untuk GPM bertempat di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Selepas mesyuarat berkenaan, satu bengkel pengurusan PSS telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada GPM tentang pengurusan pss pada abad 21. Kami telah menjemput En. Mohd. Apandi bin Omar Baki sebagai penceramah bagi menjayakan lagi bengkel berkenaan. Semoga bengkel ini memberi impak yang positif ke arah pembangunan pss di sekolah Daerah Dungun.
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH DUNGUN BIL.1/2016
2 Februari 2016- Satu Mesyuarat JKPA PKG Daerah Dungun telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Chemerong,PPd Dungun.Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi dan berakhitr pada jam 1.30 ptg. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Dungun. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran En Che Yusri bin Che Hassim, Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Yusma bin Yusof ,Ketua Unit,UBEST, En Nize bin Mohamad, Ketua Unit UPS dan Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit UPSP. Turut hadir pegawai perhubungan PKG Daerah Dungun. En Yusma b. Yusof telah menyampaikan sijil kepada sekolah yang telah mencapai 5 Bintang dalam Penarafan SSQS dan iQ-PSS bagi tahun 2015. Bagi sesi kedua,, semua PKG berpecah untuk meneruskan agenda mesyuarat peringkat PKG. Satu jawatankuasa baru telah dilantik bagi memimpin JKPA PKG Seri Dungun bagi sesi 2016/2017. Semoga pucuk pimpinan baru ini akan memberi lebih sinar kecemerlangan untuk sekolah ahli PKG Seri Dungun . InsyaAllah. TAHNIAH kepada semua.
Monday, February 1, 2016
Friday, January 29, 2016
SELAMAT BERSARA
Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan Selamat Bersara untuk Tuan PPD Dungun, Tn Haji Bakar bin Jusoh. Semoga Tuan sentiasa beroleh kesejahteraan dan terus sukses dalam setiap lapangan Tuan selepas ini.
Jasamu dikenang
Budimu terbilang
Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang
Sunday, January 17, 2016
TAKLIMAT PENGAGIHAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2016
Tarikh : 12 Januari 2016
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Seri Dungun
Peserta : Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Seri Dungun
Peserta : Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Seri Dungun
Peserta didedahkan mengenai
perlaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar
dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Mengenai HIP, ia satu
program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan
penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan
menanam sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan
Bahasa Inggeris.
Bagi DLP, ia merupakan
program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang
menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam
dua bahasa, sama ada BM atau BI.
Subscribe to:
Posts (Atom)