Bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan warga PKG Daerah Dungun, program tautan kasih telah diadakan pada 20 Disember 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Bagi memeriahkan lagi program, semua ahli keluarga warga PKG Daerah Dungun dijemput hadir. Program dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin. Kemudian dimeriahkan dengan sukaneka untuk anak-anak dan ibubapa. Sambl-sambil sukaneka dijalankan, semua jemputan disajikan dengan menu ayam bakar dan makanan-makanan ringan yang lain. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Terima kasih kepada semua warga PKG atas komitmen dan kerjasama serta sokongan dalam menjayakan program ini.
Friday, December 21, 2018
Tuesday, December 18, 2018
LAWATAN KERJA TUAN KPP, BTPNT 2018
Kunjungan mesra Tuan KPP, BTPNT ke PKG Seri Dungun pada 18 Disember 2018 sebelum tn hj berpencen pada awal Februari 2019. Terima kasih atas segala nasihat, teguran membina dan perkongsian pengalaman tuan hj sepanjang menjadi pupuk pimpinan tertinggi BTPNT. InsyaAllah segala nasihat dan suntikan semangat yang diberikan akan memberi kami lebih berkeyakinan, lebih berkarisma dan lebih maju dalam pengurusan PKG pada masa akan datang.
Tuesday, November 27, 2018
PENARAFAN PKG 2018
26 Nov 2018 - Pihak UPS yang diketuai oleh Ketua Unit, En Nize bin Muhammad dan En Mohd Alhadi (PTP UPS) telah membuat penarafan di PKG Seri Dungun. Penarafan ini dijalankan bagi melihat pengurusan PKG dalam semua aspek merangkumi pengurusan fail dan pentadbiran organisasi..Penarafan ber akhir jam 12.30 tgh. Di samping penerafan dijalankan, kami juga dapat berkongsi input-input atau penambahbaikan untuk kecemerlangan PKG Seri Dungun pada masa akan datang.
Thursday, November 1, 2018
ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU 2018
Pada 29-31 Oktober 2018, Anugerah NILAM Negeri Terenganu telah diadakan di BTPNT. Daerah Dungun telah menghantar Tokoh NILAM Daerah Dungun dalam program ini iatu Adik Sofia - SMKTIZ ( SMBM,). Adik Aina- SK Bandar Dungun(SRBM), Adik Hasya - SK Tebing Tembah (SRBI) dan adik Fadilah - SMK Paka (SMBI). . Tahniah kepada semua calon daerah Dungun atas kejayaan yang membanggakan. Selamat berjuang adik Ain dan Hasya ke peringkat kebangsaan pula tahun 2019.
Inilah wajah-wajah manis calon-calon Daerah Dungun ke Anugerah NILAM Negeri Terengganu 2018..Mereka adalah permata NILAM Daerah Dungun. Tahniah kepada Adik Hasya dan Adik Ain kerana telah bergelar Tokoh NILAM Negeri Terengganu 2018
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU
*KATEGORI BAHASA MELAYU -SEKOLAH MENENGAH*
JOHAN - ABDUL MUAAZ BIN MAZLEN - SMK IMTIAZ BESUT.
NAIB JOHAN - UMMU AIMAN NABILAH BT MAT RESAT - SM TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, KUALA NERUS
KETIGA - SOFIA ADRINA BINTI GHAZALI - SMK TG INTAN ZAHARAH, DUNGUN
*KATEGORI BAHASA INGGERIS -SEKOLAH MENENGAH*
JOHAN - YASMIN SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOFF - SMK KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA NERUS
NAIB JOHAN - WAN NUR ADEENA BINTI WAN ZAINUDDIN- SMKA DURIAN GULING, MARANG
KETIGA - MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN MOHAMMAD ZULAILI,SMK RANTAU PETRONAS, KMM
*KATEGORI BAHASA MELAYU -SEKOLAH RENDAH*
JOHAN - NUR AEIN NADHIRAH BT AZLIE- SK BANDAR DUNGUN, DUNGUN
NAIB JOHAN - NUR INSYIRAH BINTI MAT ANANG - SK PAYA RESAK, MARANG
KETIGA-ANIS NATASYA BINTI AMIR- SK SAUJANA, SETIU
*KATEGORI BAHASA INGGERIS-SEKOLAH RENDAH*
JOHAN - HASYA BINTI RAHMAT- SK TEBING TEMBAH, DUNGUN
NAIB JOHAN - DINA RAIHANA BINTI NOR HAMIDI- SK RANTAU PETRONAS, KEMAMAN
KETIGA - NURIN SAKINAH BINTI MOHD SOBERI- SK SIMPANG RAWAI
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU
*KATEGORI BAHASA MELAYU -SEKOLAH MENENGAH*
JOHAN - ABDUL MUAAZ BIN MAZLEN - SMK IMTIAZ BESUT.
NAIB JOHAN - UMMU AIMAN NABILAH BT MAT RESAT - SM TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, KUALA NERUS
KETIGA - SOFIA ADRINA BINTI GHAZALI - SMK TG INTAN ZAHARAH, DUNGUN
*KATEGORI BAHASA INGGERIS -SEKOLAH MENENGAH*
JOHAN - YASMIN SYAFIQAH BINTI MOHD YUSOFF - SMK KOMPLEKS GONG BADAK, KUALA NERUS
NAIB JOHAN - WAN NUR ADEENA BINTI WAN ZAINUDDIN- SMKA DURIAN GULING, MARANG
KETIGA - MUHAMMAD AIMAN AFIQ BIN MOHAMMAD ZULAILI,SMK RANTAU PETRONAS, KMM
*KATEGORI BAHASA MELAYU -SEKOLAH RENDAH*
JOHAN - NUR AEIN NADHIRAH BT AZLIE- SK BANDAR DUNGUN, DUNGUN
NAIB JOHAN - NUR INSYIRAH BINTI MAT ANANG - SK PAYA RESAK, MARANG
KETIGA-ANIS NATASYA BINTI AMIR- SK SAUJANA, SETIU
*KATEGORI BAHASA INGGERIS-SEKOLAH RENDAH*
JOHAN - HASYA BINTI RAHMAT- SK TEBING TEMBAH, DUNGUN
NAIB JOHAN - DINA RAIHANA BINTI NOR HAMIDI- SK RANTAU PETRONAS, KEMAMAN
KETIGA - NURIN SAKINAH BINTI MOHD SOBERI- SK SIMPANG RAWAI
Thursday, October 25, 2018
LAWATAN PENANDA ARAS JKPA (KLUSTER PAK 21) 2018
Kluster PAK 21 JKPA PKG Seri Dungun telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke SMK Kerteh, Kemaman pada 23 Oktober 2018. Lawatan ini diadakan bagi perkongsian berkaitan pembestarian sekolah memandangkan sekolah berkenaan merupakan wakil negeri Terengganu dalam pertandingan Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan ( Kategori SM ) 2018. Lawatan ini melibatkan barisan pentadbir dan Penyelaras VLE sekolah ahli PKG Seri Dungun. Banyak perkongsian dan info yang diperolehi dalam memastikan kecemerlangan dalam bidang ICT dan penggunaan VLE yang diperolehi dan diaplikasikan di peringkat sekolah ahli nanti.
Selepas sesi lawatan, satu pertandingan bowling telah diadakan di Pusat bowling Mesra Mall, Kemasik. Pertandingan ini diadakan antaranya bagi mengukuhkan lagi ukhwah antara pentadbir dan penyelaras VLE sekolah ahli. disamping memberi penghargaan terima kasih serta merehatkan minda guru-guru VLE kerana bekerja keras dalam memastikan KPI VLE dapat dicapai dan juga membudayakan VLE di sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Kerteh dan semua yang terlibat dalam memastikan lawatan ini dapat diadakan dengan jayanya.
Selepas sesi lawatan, satu pertandingan bowling telah diadakan di Pusat bowling Mesra Mall, Kemasik. Pertandingan ini diadakan antaranya bagi mengukuhkan lagi ukhwah antara pentadbir dan penyelaras VLE sekolah ahli. disamping memberi penghargaan terima kasih serta merehatkan minda guru-guru VLE kerana bekerja keras dalam memastikan KPI VLE dapat dicapai dan juga membudayakan VLE di sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SMK Kerteh dan semua yang terlibat dalam memastikan lawatan ini dapat diadakan dengan jayanya.
Wednesday, October 24, 2018
BENGKEL PEMANTAPAN TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2018
Bagi memastikan Tokoh NILAM Daerah Dungun lebih bersedia untuk bersaing dalam Anugerah NILAM Negeri Terengganu, PKG Daerah Dungun telah mengadakan Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM pada 23 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Seramai 5 orang Fasilitator yang terlibat. Tokoh NILAM dibantu dalam emmantapkan lagi keyakinan diri, penampilan diri, keupayaan dalam pengucapan awam dan juga berpeluang berjumpa Tuan Timbalan PPD bagi mendengar suntikan semangat dalam emmbawa nama Daerah Dungun ke persada NILAM Negeri Terengganu. Semoga TOKOH NILAM Daerah Dungun berjuang dengan bersungguh-sungguh dan menjadi permata NILAM Negeri Terengganu...Amin. Terima aksih juga kepada semua fasilitator yang bersama-sama menjayakan bengkel ini.
Thursday, October 18, 2018
ANUGERAH NILAM DAERAH DUNGUN 2018
Pada 17 Oktober 2018, Anugerah NILAM Daerah Dungun telah diadakan secara dalaman di PKG Seri Dungun. Seramai 20 orang peserta yang telah tersenarai pendek selepas pemilihan diadakan melalui Anugerah NILAM PKG Daerah Dungun. Tokoh NILAM Daerah setiap kategori akan mewakikli daerah Dungun ke peringkat Anugerah NILAM Negeri Terengganu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Monday, October 15, 2018
ANUGERAH NILAM PKG SERI DUNGUN 2018
Pada 8 hb dan 11 Oktober 2018, PKG Seri Dungun telah mengadakan Anugerah NILAM bagi murid Tahun 5 dan Tingkatan 5. Pemilihan ini diadakan lebih awal bagi memberi ruang dan masa yang lebih lama untuk memantapkan lagi calon NILAM yang mewakili negeri Terengganu pada awal 2019 nanti. Pemilihan peringkat sekolah rendah diadakan di PKG Seri Dungun dan peringkat sekolah menengah di PKG Pulau Serai. Seramai 4 orang hakim yeng terdiri daripada guru-guru sekoalh ahli dipilih bagi melancarkan lagi proses pemilihan. Tahniah kepada peserta yang terlibat ke peringkat Anugerah NILAM Daerah Dungun.
Tuesday, October 2, 2018
MESYUARAT JKPA PKG SERI DUNGUN BIL 2 2018
Mesyuarat JKPA Bil 2 2018 telah diadakan pada 1 Oktober 2018 bertempat di PKG Seri Dungun. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh. Banyak perbincangan dan kata muafakat yang diperolehi sepanjang mesyuarat ini dalam memeperkasakan fungsi JKPA bagi memastikan kecemerlangan sekolah ahli PKG Seri Dungun.
Tuesday, September 4, 2018
ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH NEGERI TERENGGANU (KATEGORI SM) 2018
Pada 3 September 2018 ( Isnin ), PSS Daruk Hikmah, SMASID telah dinilai bagi APSSNT 2018. PSS Darul Hikmah sekolah ahli PKG Seri Dungun dan telah membawa nama Daerah Dungun ke persada APSSNT 2018. Penilaian bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Bersempena penilaian ini, pihak SIDTV mengambil peluang keemasan ini untuk membuat pelancaran Studio SIDTV. Perasmian ini dilancarkan oleh Ketua Penilai, Tn Hj Akram @ Amir bin Abdul Majid. Alhamdulillah penilaian berjalan dengan lancar. Semoga ada sinar kejayaan buat PSS Darul Hikmah. InsyaAllah...
Friday, August 10, 2018
BENGKEL PENGISIAN SSQS ( DOMAIN PSS ) & PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE 2018
Bagi memastikan pengisian SSQS bagi domain PSS lebih lancar, PKG Seri Dungun telah melaksanakan pengisian secara berkelompok. Bengkel ini diadakan pada 9 Ogos 2018 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG Seri Dungun. Objektif utama pengisian secara berkelompok ini bertujuan agar semua GPM dapat memahami setiap item pada instrumen SSQS dan dapat membuat pengisian dengan lebih yakin dan telus bagi mengelakkan pengisian yang kurang tepat dalam membantu peningkatan markah SSQS. Di samping itu, pendedahan dapat diberikan secara terus kepada GPM lantiikan baru.
Wednesday, August 8, 2018
BENGKEL KHIDMAT BANTU SMASID (CALON APSSNT KATEGORI SEKOLAH MENENGAH 2018)
SMA Sultan Ismail Dungun telah terpilih mewakili Daerah Dungun dalam APSSNT 2018. Bagi bersama-sama membantu persediaan sekolah berkenaan, pihak PKG telah mengadakan khidmat bantu sebanyak dua kali iaitu siri pertama pada 17 dan 18 Julai 2018 manakala siri kedua pada 31 Julai dan 1 Ogos 2018. Khidmat bantu ini melibatkan 16 orang GPM sekolah ahli yang terpilih. Pihak PKG merakamkan jutaan terima kasih terutama kepada JU PSS Daerah Dungun, Pn Hjh Salina bt Jumaah ( GPM SMKTIZ) dan semua GPM yang terlibat. Semoga SMASID beroleh kejayaan dalam APSSNT 2018. Selamat berjuang.
#Dungun Cemerlang
# PSS Dihatiku.
Monday, July 16, 2018
LAWATAN PENANDA ARAS GPM SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2018
Guru Perpustakaan dan Media Sekolah Ahli PKG Seri Dungun telah mengadakan Lawatan Penanda Aras PSS ke SK Padang Mengkuang ( Naib Johan APSSK 2018 Kategori Sekolah Rendah ). Lawatan ini telah diadakan pada 15 Julai 2018. Lawatan ini dianjurkan bagi memberi peluang kepada GPM berkongsi idea dan pengalaman bagi meningkatkan lagi kecemerlangan PSS sekolah masing-masing. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada GPM sekolah berkenaan dan seluruh warga guru dan staf kerana sudi menerima kehadiran kami dan atas semua perkongsian yang diberikan. semoga PSS SK Padang Mengkuang terus cemerlang. Pihak kami juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi JKPA, Tn Hj Awang bin Junoh kerana menyediakan perkhidmatan pengangkutan dalam menjayakan lawatan ini.
Friday, June 8, 2018
PROGRAM WORLD #QURANHOUR 2018
Pada 7 Jun PKG Seri Dungun dengan kerjasama Perpustakaan Awam Dungun telah berkolaboratif dalam menjayakan program ini. Program ini telah dilaksanakan di Dewan Perpustakaan Awam Dungun. Seramai 100 orang peserta yang terlibat di mana pelajar dan 2 orang guru pengiring dari tiga buah sekolah ahli PKG Seri Dungun telah dipilih iaitu SMA Sultan Ismail, Sm IMTIAZ YT Dungun dan SMK Sulta Omar. Slot pertama disi dengan slot ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En Wahairi bin Mahmud, Pensyarah UiTM Dungun. Slot kedua bacaan ayat suci al-Quran secara serentak yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Syaban, Guru Al-Quran SMA Sultan Ismail. Pihak kami selakumurusetia program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Wednesday, May 2, 2018
BENGKEL ASAS EDITING VIDEO DAN PENDEDAHAN TEKNOLOGI GREEN SCREEN 2018
Pada 30 April dan 2 Mei 2018, Penyelaras TVPSS PKG Seri Dungun telah diberi pendedahan berkaitan asas editing video dan teknologi Green Screen. Bengkel ini diadakan bagi membantu dan meningkatkan kemahiran asas editing video dalam memperkasakan TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun. Terima kasih kepada Fasilitator yang terlibat, En Alias bin Muda, En Mohd Hanif bin Hj Mohd dan Puan Wahidatun bt Abdul Wahab atas kerjasama dan kesungguhan sepanjang bengkel ini. Semoga impak dari bengkel ini, TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun mula mengorak langkah untuk lebih ke depan seiring dengan hasrat BTPNT memastikan semua TVPSS sekolah di Terengganu mencapai sekurang-kurangnya Versi 2.0 dan menambah bilangan Versi 4.0.
Tuesday, April 24, 2018
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT SEMPENA SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA 2018
Pusat Kegiatan Guru Seri Dungun telah berkolaboratif dengan Perpustakaan Awam Daerah Dungun telah menjayakan Program JOM BACA BERSAMA 10 MINIT sempena Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2018 pada 24 April 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Seramai 100 orang pelajar dan 20 orang guru dari sekolah ahli sekitar Dungun telah dijemput bersama-sama menjayakan program ini. Selain daripada aktiviti membaca bersama 10 minit, beberapa program telah diadakan iaitu pertandingan mewarna bagi sekolah rendah dan pertandingan melukis poster bagi sekolah menengah. Pemenang-pemenang diberi hadiah yang telah disediakan oleh pihak perpustakaan. En Azman bin Ali, Fasilinus Literasi,PPD Dungun telah merasmikan mahlis penutup program berkenaan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini terutama staf Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Semoga kolaboratif seumpama ini dapat diteruskan untuk program-progam yang lain.
Wednesday, April 11, 2018
KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ASAS PSS PERINGKAT PKG SERI DUNGUN 2018
JK Kluster PSS, JKPA PKG Seri Dungun telah berkolaboratif bersama Perpustakaan Awam Daerah Dungun dan Perpustakaan Desa Zon 9 telah berjaya menganjurkan kursus berkenaan pada 11 April 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Dungun. Kursus ini melibatkan 101 orang Pengawas PSS dan 20 orang GPM sekolah ahli PKG Seri Dungun. Fasilitator yang terlibat ialah Pn Siti Rafiah bt Harun, Ketua Unit, Pusat Sumber Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Pn Khasidah bt Mamat, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Awam Daerah Dungun dan Pn Norruby binti Abdul Wahab, Penolong Pustakawan, Perpustakaan Desa Zon 9.Tiga slot LDK yang telah dijalankan. LDK 1 : Profesionalisme Pengawas PSS, LDK 2 : Jejak Maklumat dan LDK 3 : Pengurusan Bahan Dan Literasi Media & Maklumat. Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada Pengawas PSS berkaitan Pengurusan PSS, Pengurusan Bahan dan Perkongsian Literasi Maklumat. Selain itu, peserta juga berpeluang menjalinkan ukhwah antara pengawas PSS yang berlainan sekolah dan berlaku perkongsian pintar dalam memartabatkan PSS Abad 21. Di samping itu juga peserta juga dapat memupuk budaya kerjasama dan jati diri serta semangat kepimpinan dalam diri. Semoga impak daripada program ini dapat melahirkan pengawas PSS yang berketrampilan dan berkepimpinan dan membantu Pusat Sumber Sekolah yang lebih cemerlang.
Monday, April 9, 2018
LAWATAN PENANDA ARAS JKPA KE SMK PAKA
JKPA PKG Seri Dungun di bawah Kluster PSS telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SMK Paka. Lawatan ibi telah diadakan pada 3 April 2018. Lawatan ini dianjurkan bagi berkongsi dapatan berkaitan pengurusan 3K memandangkan SMK Paka telah menerima Anugerah Pengurusan 3K Terbaik Peringkat Kebangsaan 2017. Selain itu, Penyelaras TVPSS sekolah ahli turut menyertai lawatan ini bagi melihat perjalanan dan pengurusan cemerlang PKTV setelah menerima Tempat Kedua Anugerah TVPSS Terbaik Negeri Terengganu 2017 dan Johan Pertandingan Video sempena Tahun Melawat Terengganu 2017. Banyak input-input yang dapat dikongsikan sepanjang lawatan ini. Selepas lawatan ke SMK Paka, peserta lawatan telah mengadakan perlawanan bowling bagi mengeratkan hubungan antara pentadbir dan penyelaras TVPSS sekolah ahli PKG Seri Dungun. Team Bowling SMK Paka turut dijemput dalam perlawanan bowling ini. Semoga input yang dikongsikan dapat diaplikasikan diperingkat sekolah masing-masing dalam memeperkasakan lagi pengurusan sekolah terutama dalam pengurusan TVPSS.
Monday, March 19, 2018
TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU KATEGORI SRBI 2018
Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan tahniah dan syabas kepada Adik Siti Sarah Adriana binti Abdul Rahim kerana telah dinobatkan sebagai TOKOH NILAM SRBI NEGERI TERENGGANU 2018. Selamat berjuang dan semoga berjaya membawa nama Daerah Dungun dan Negeri Terengganu ke persada Anugerah NILAM Kebangsaan 2018. TAHNIAH DAN SYABAS..
.
.
ANUGERAH NILAM NEGERI TERENGGANU 2018
Segala debaran telah berakhir. Selama 2 hari calon NILAM berkampung di BTPN Terengganu bagi menyelesaikan misi mengejar gelaran TOKOH NILAM NEGERI TERENGGANU 2018. Anugerah ini telah diadakan pada 14 dan 15 Mac 2018. Tahniah kepada keempat-empat wakil Daerah Dungun atas kesungguhan dalam membawa nama DUNGUN CEMERLANG ke persada Anugerah NILAM Negeri Terengganu. Anda semua adalah PERMATA NILAM DAERAH DUNGUN. Kami bangga dengan semangat juang anda.
Wednesday, February 28, 2018
KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH DUNGUN 2018
KATEGORI SEKOLAH RENDAH BAHASA MELAYU
BIL
|
NAMA CALON
|
NAMA SEKOLAH
|
KEPUTUSAN
|
1
|
NUR NABILAH BINTI ABU BAKAR
|
SK FELDA SERI RASAU
|
TOKOH NILAM
|
2
|
AINA SUFIAH BINTI KAMAL BAHARIN
|
SK PAKA
|
TEMPAT KEDUA
|
3
|
NUR DAMIA NAJIHAH BT CHE ROZERI
|
SK BUKIT BESI
|
TEMPAT KETIGA
|
4
|
PUTERI KAMELIA SHAQIRA BT KAMARULHUDA
|
SK BALAI BESAR
|
SAGUHATI
|
5
|
MUHAMMAD RIDHUAN BIN MOHD NASIR
|
SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
|
SAGUHATI
|
6
|
MUHAMMAD ALIF HAKIMI BIN MOHD ZIN
|
SK KETENGAH JAYA 2
|
SAGUHATI
|
KATEGORI SEKOLAH MENEGAH BAHASA MELAYU
BIL
|
NAMA CALON
|
NAMA SEKOLAH
|
KEPUTUSAN
|
1
|
LILI HASLINI BINTI BAKAR
|
SMK TENGKU INTAN ZAHARAH
|
TOKOH NILAM
|
2
|
MARDHIATUL AKMAL BINTI HARUN
|
SMK PAKA
|
TEMPAT KEDUA
|
3
|
NUR QAMARINA BINTI WAN MUAZAM
|
SM SAINS DUNGUN
|
TEMPAT KETIGA
|
4
|
NURUL ANIS BINTI KHAIRUDIN
|
SMK PADANG PULUT
|
SAGUHATI
|
5
|
WAN NURFARISHA ALEYA BINTI WAN MOHAMAD ZULKIPLI
|
SMK AGAMA KUALA
ABANG
|
SAGUHATI
|
6
|
MUHAMMAD ADLI IHSAN BIN MOHD FAZLI
|
SM IMTIAZ YT DUNGUN
|
SAGUHATI
|
KATEGORISEKOLAH RENDAH BAHASA INNGERIS
BIL
|
NAMA CALON
|
NAMA SEKOLAH
|
KEPUTUSAN
|
1
|
SITI SARAH ADRIANA BINTI ABDUL RAHIM
|
SK SULTAN OMAR
|
TOKOH NILAM
|
2
|
MUHAMMAD RAIHAN NAJMI BIN MOHD ZAMANI
|
SK BALAI BESAR
|
TEMPAT KEDUA
|
3
|
WAN NUR TASNIM BT WAN MOHD ALI
|
SK LKTP JERANGAU
|
TEMPAT KETIGA
|
4
|
MUHAMMAD FARID BIN LATIF
|
SK DURIAN MAS 1
|
SAGUHATI
|
5
|
YASMIN AZANI BINTI AZHAR
|
SK KAMPUNG BARU KUALA ABANG
|
SAGUHATI
|
6
|
MUHAMMAD ZAMEER IRFAN BIN MOHD AZIZAN
|
SK KETENGAH JAYA 2
|
SAGUHATI
|
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH BAHASA INGGERIS
BIL
|
NAMA CALON
|
NAMA SEKOLAH
|
KEPUTUSAN
|
1
|
AMINUDDIN BIN ELIAS
|
SM SAINS DUNGUN
|
TOKOH NILAM
|
2
|
CHOW WEN XUAN
|
SMK SULTAN OMAR
|
TEMPAT KEDUA
|
3
|
WAN NATASYA AYUNI BINTI WAN ROSLIM
|
SMK TENGKU INTAN ZAHARAH
|
TEMPAT KETIGA
|
4
|
THALHAH BIN UBAIDILLAH
|
SM IMTIAZ YT DUNGUN
|
SAGUHATI
|
5
|
NUR ARYANI BT MOHD NOOR
|
SMK DATO' ENGKU BIJAYA SURA
|
SAGUHATI
|
6
|
NUR FARHANA BT AMINUDDIN
|
SMK SERI PAKA
|
SAGUHATI
|
Subscribe to:
Posts (Atom)