Anugerah NILAM Peringkat Daerah Dungun 2017 telah berjaya diadakan dengan meriahnya pada 22 Februari 2017 bertempat di UiTM Cawangan Terengganu ( Kampus Dungun ). Anugerah kali ini telah diadakan secara kolaboratif dengan Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu ( Kampus Dungun ). Seramai 26 orang calon yang telah terpilih melalui pemilihan saringan peringkat PKG. Panel hakim yang dilantik seramai 20 orang yang terdiri daripada Pensyarah, Pustakawan kanan dan Guru BM/BI sekolah sekitar Daerah Dungun. Calon telah melalui 3 sesi ujian iaitu ujian Bertulis, ujian Individu dan Ujian Kumpulan. . Pada masa yang sama, guru pengiring (GPM ) telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan PSS dan Bengkel Asas Penjilidan Buku oleh Pustakawan Kanan, Perpustakaan Cendekiawan. Pada sebelah petang majlis penutup telah diadakan di Dewan BakawaliMajlis ini dirasmikan oleh Tuan KPP BTPNT, hj Alias bin Talib. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit ,UPSP,BTPNT ), En che Yusri bin che Hassim (Pegawai TVET,PPD Dungun ), Pengetua dan Guru Besar sekolah yang bertanding. Keputusan penuh program;
*** Klik Sini untuk koleksi gambar aktiviti.
*** Klik Sini untuk koleksi gambar aktiviti.
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2017 ...
SEMOGA TERUS BERJAYA DIPERINGKAT ANUGERAH NILAM
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017.
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017.