"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, February 23, 2017

ANUGERAH NILAM DAERAH DUNGUN 2017

Anugerah NILAM Peringkat Daerah Dungun 2017 telah berjaya diadakan dengan meriahnya pada 22 Februari 2017 bertempat di UiTM  Cawangan Terengganu ( Kampus Dungun ). Anugerah kali ini telah diadakan secara kolaboratif dengan Perpustakaan Cendekiawan, UiTM Cawangan Terengganu ( Kampus Dungun ). Seramai 26 orang calon yang telah terpilih melalui pemilihan saringan peringkat PKG. Panel hakim yang dilantik seramai 20 orang yang terdiri daripada Pensyarah, Pustakawan kanan dan Guru BM/BI sekolah sekitar Daerah Dungun. Calon telah melalui 3 sesi ujian iaitu ujian Bertulis, ujian Individu dan Ujian Kumpulan. . Pada masa yang sama, guru pengiring (GPM ) telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan PSS dan Bengkel Asas Penjilidan Buku oleh Pustakawan Kanan, Perpustakaan Cendekiawan. Pada sebelah petang majlis penutup telah diadakan di Dewan BakawaliMajlis ini dirasmikan oleh Tuan KPP BTPNT, hj Alias bin Talib. Majlis turut diserikan dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit ,UPSP,BTPNT ), En che Yusri bin che Hassim (Pegawai TVET,PPD Dungun ), Pengetua dan Guru Besar sekolah yang bertanding. Keputusan penuh program;

*** Klik Sini  untuk koleksi gambar aktiviti.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA TOKOH NILAM DAERAH DUNGUN 2017 ...
SEMOGA TERUS BERJAYA DIPERINGKAT ANUGERAH NILAM 
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017.

BENGKEL ASAS PENJILIDAN BUKU UNTUK GPM 2017


Sempena Program Anugerah NILAM Daerah Dungun 2017, GPM yang menjadi guru pengiring bagi peserta NILAM yang berjaya ke peringkat pemilihan daerah diberikan pendedahan asas penjilidan buku. Bengkel ini disampaikan oleh Pustakawan Kanan Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu ( Kampus Dungun ). Bengkel ini bertujuan memberi pengisian kepada GPM yang mengiringi pelajar mereka. Selain itu, GPM juga diberi taklimat berkaitan pengurusan PSS dan berpeluang meronda sekita Perpustakaan Cendekiawan bagi memberi pengalaman untuk dibawa pulang untuk diaplikasikan di PSS masing-masing. Semoga bengkel yang diikuti selama 2 jam ini memberi banyak manfaat dan pengetahuan kepada GPM.

Monday, February 20, 2017

TAKLIMAT PENDEDAHAN ANUGERAH NILAM DAERAH DUNGUN 2017 UNTUK GPM SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2017



Taklimat Pendedahan Anugerah NILAM Peringkat Daerah Dungun 2017 telah diadakan pada 19 Februari 2017 bertempat di Bilik Seminar, PKG Seri Dungun. Taklimat ini melibatkan GPM sekolah-sekolah peserta NILAM yang terlah berjaya ke peringkat pemilihan daerah yang dijadualkan akan diadakan pada 22 Februari 2017 bertempat di UiTM Cawangan Terengganu (Kampus Dungun). Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan dan persediaan awal kepada GPM bagaimana prosedur dan kriteria pemarkahan  serta peraturan pertandingan sepanjang sesi pemilihan berlangsung. GPM juga diberi perkongsian berkaitan penyedian FOLIO Calon oleh PN HJH SALINA BT JUMAAH Sebanyak lima TEMA soalan  telah diedarkan kepada GPM untuk membantu calon NILAM   mencari isi-isi penting sebagai persediaan dalam pemilihan itu nanti. 

Tuesday, February 14, 2017

PROGRAM SARINGAN PESERTA NILAM PERINGKAT PKG SERI DUNGUN 2017


Program Saringan Peserta NILAM untuk sekolah ahli PKG Seri Dungun telah diadakan pada 13 Februari bertempat di PKG Seri Dungun dengan jayanya. Seramai 38 orang calon sekolah ahli yang telah disaring. Penyertaan terdiri daripada 4 kategori iaitu SRBM,SMBM,SRBI,SMBI. Bagi program saringan ini, peserta hanya diuji melalui Ujian Lisan Indidvidu sahaja bagi memastikan peserta yang terpilih mempunyai keyakinan, keupayaan berkomunikasi dengan baik dan persembahan beserta olahan isi yang tepat. Panel hakim bagi program ini terdiri daripada semua PTP dan Staf PKG Daerah Dungun. Seramai 26 orang  calon yang terbaik  daripada saringan keempat-empat buah PKG Daerah Dungun yang akan dipilih untuk ke peringkat ANUGERAH NILAM DAERAH DUNGUN 2017. Berikut senarai nama peserta sekolah ahli PKG Seri Dungun yang telah berjaya ;

1. Adik Wan Mohamad Sofwan bin Wan Mohd Annuar ( SK Balai Besar -Kategori SRBM )
2. Adik Najlaa Amni bt Abd Ghaffar ( SK Batu 7 - Kategori SRBI )
3. Adik Usman bin Hafizi ( SM IMTIAZ YT Dungun - Kategori SMBM )
4. Adik Muhammad Amir Hakieem bib Ahmad Nawawi ( SMK Tengku Intan Zaharah -Kategori SMBM )
5. Adik Suhafizah binti Muhammad ( SMK Sura - Kategori SMBI )
6. Adik Nurul Izzah binti Ngah ( SM IMTIAZ YT Dungun - Kategori SMBI )
7. Adik tengku Ahmad Faris bin Tg Aziz ( SM Seri Dungun - Kategori SMBI )
8. Adik Nur Farahiyah binti Amran ( SMK Balai Besar - Kategori SMBI )
9.Adik  Muhammad Fahmie Eizani bin Rosle ( SMK Tengku Intan Zaharah - Kategori SMBM )

TAHNIAH UNTUK SEMUA..SEMOGA BERJAYA DI PERINGKAT DAERAH DUNGUN....


Monday, February 13, 2017

TAKLIMAT NILAM DITAMBAHBAIK UNTUK PENYELARAS NILAM SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2017




12 Februari 2017 - Taklimat NILAM DITAMBAHBAIK telah disampaikan kepada semua penyelaras NILAM sekolah-sekolah Daerah Dungun dengan jayanya. Pihak PKG telah menjemput En Badru Hishan bin Mohd Zin dan Pn Siti Halijah bt Ramli, PTP, UPSP,BTPNT untuk menyampaikan penerangan yang lebih mendalam bagaimana NILAM ditambahbaik ini dapat dilaksanakan di sekolah dengan cemerlang. Melalui taklimat ini, banyak isu dan permasalahan dapat dikongsi dan diselesaikan dengan baik bagi memastikan pelaksanaan di peringkat sekolah dapat dijalankan dengan lebih tersusun dan berjaya. 


MUAT TURUN  : KLIK BAHAN TAKLIMAT 

Wednesday, February 8, 2017

MESYUARAT PENYELARASAN GPM & GPB/ICT SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN BIL 1/2017


Mesyuarat Penyelarasan GPM & GPB/ICT Sekolah Ahli PKG Seri Dungun Bil 1/2017 telah diadakan pada 6 dan 7 Februari 2017. Pada sesi pagi, mesyuarat berkenaan telah diadakan secara daerah. Selepas minum pagi, mesyuarat berkenaan diadakan mengikut PKG bagi memudahkan perbincangan dan penyelesaian isu di sekolah ahli. Pihak PKG mengharapakan semua GPM dan GPB/ICT dapat melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dalam memastikan perjalan pengurusan PSS dan ICT sekolah dengan lebih cemerlang.

BAHAN MESYUARAT
GAMBAR AKTIVITI

Sunday, February 5, 2017

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMUAFAKATAN AKTIVITI PKG SERI DUNGUN BIL 1/ 2017




 6 FEBRUARI 2017 - Mesyuarat JKPA PKG Seri Dungun Bil 1/2017 telah berjaya diadakan mengikut perancangan, Tentatif awal, mesyuarat secara daerah diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 10.00 pagi yang dirasmikan oleh En. Nize bin Muhammad ( Ketua Unit, UPS, BTPNT ). Turut hadir bersama Tn Akram @ Amir bin Abdul Majid ( Ketua Unit UPSP ) dan En che Mohd Yusri bin Che Hassim ( Pegawai TVET, PPD Dungun ). Dalam mesyuarat berkenaan banyak dapatan dan perancanagn yang telah dibentangkan. Selain itu, dalam majlis berkenaan juga telah disampaikan sijil penghargaan bagi sekolah yang mendapat 5 Bintang bagi  Penarafan PSS ( Domain GPM dalam SSQS ) bagi tahun 2016. Pada jam 11.00 pagi, mesyuarat JKPA mengikut PKG telah diadakan secara berasingan  bagi membincangkan permasalahan dan perancangan sekolah ahli. Dalam mesyuarat ini juga didedahkan dengan panduan pengoperasian baru PKG. 



MUAT TURUN >>DISINI<<

Thursday, February 2, 2017

ANUGERAH KECEMERLANGAN BTPN/PKG TERENGGANU 2016



Majlis Anugerah Kecemerlangan BTPN Terengganu 2016 telah diadakan di Bilik Seminar BTPN Terengganu pada 2 Februari 2017 (Khamis).Majlis  diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga BTPN dan PKG Terengganu .Hampir 20 Kategori hadiah telah disampaikan pada hari berkenaan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan,Tn.Hj Matsor Ismail yang mewakili Pengarah Pendidikan Terengganu. Timbalan Pengarah Pendidikan turut menyempurnakan pelancaran MISI 125 351 25 (Pembestarian Sekolah Terengganu).Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Votek Pejabat Pendidikan Daerah dan  Pengerusi JKPA PKG turut diadakan. Pada anugerah tahun ini, PKG Seri Dungun telah dinobatkan PKG Terbaik Kategori Berbangunan Khas. Tahniah diucapkan kepada PTP dan Staf PKG Seri Dungun. Semoga tahun-tahun akan datang lebih cemerlang..Amin.