"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Wednesday, October 19, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI (JKPA) PKG SERI DUNGUN BIL 2 2016









19 Oktober 2016 - Mesyuarat JKPA PKG Seri Dungun Bil 2/2016 telah diadakan dengan jayanya.  Mesyuarat telah diadakan di Bilik Seminar 2, PKG Seri Dungun pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Mesyuarat kali ini bertambah serinya apabila dipengerusikan oleh pengerusi baru iaitu En Yahaya bin Shefee ( Pengarah Kolej Vokasional Dungun ) menggantikan pengerusi sebelum ini yang telah bertukar ke Sarawak. Banyak perbincangan dan permasalahan sekolah ahli dapat diselesaikan melalui mesyuarat ini. Pengerusi turut meyampaikan penghargaan dan kenangan terakhir kepada  Pegawai Perhubungan PKG Seri Dungun, YM Ku Ahmad bin Ku  Ibrahim ( PTP BTPNT ) yang akan bersara pada minggu hadapan. Semua ahli mesyuarat mengucapkan selamat bersara dan mendoakan  semoga beliau terus sucsess dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini. 

BENGKEL PENGGUNAAN REKOD PENGAJARAN LAMAN PEMBELAJARAN (VLE) BAGI SEKOLAH AHLI PKG SERI DUNGUN 2016



11-12 Oktober 2016 - Satu bengkel berkaitan penggunaan rekod pengajaran dalam Laman Pembelajaran (VLE) telah diadakan di PKG Seri Dungun. Bengkel ini telah diadakan secara serentak bersama sekolah ahli PKG Pulau Serai. Pihak PKG telah menjemput En Azhar bin Kordi ( Penyelaras ICT Kolej Vokasional Dungun ) & En Zazali bin Mohamad ( Penyelaras ICT SM Sains Dungun ) sebagai fasilitator utama. Semoga bengkel yang berlangsung selama dua hari ini dapat memberi pendedahan baru kepada sekolah ahli dalam memperkasakan lagi penggunaan VLE di sekolah.