"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Thursday, August 25, 2016

KEMBARA MENJELAJAH FROG VLE DAERAH DUNGUN 2016




       
25 Ogos 2016 - Pihak PKG Daerah Dungun dengan kerjasama Kolej Vokasional Dungun telah mengadakan Kembara Menjelajah Frog VLE di Dewan Votech,KVD selama dua hari aiatu 23-24 Ogos 2016. Kembara ini diadakan sempena Karnival Keusahawanan  KV Skill  yang telah diadakan oleh pihak KVD selama 2 minggu bermula 14 Ogos hingga 25 Ogos 2016. Kembara selama dua hari ini bertujuan memperkenalkan program baru VLE iaitu Bengkel PIE, CHEF dan CHEnDOL kepada guru dan pelajar sekolah-sekolah yang dijemput ke karnival berkenaan. Guru dan pelajar juga diberi peluang untuk bersoal jawab berkaitan penggunaan Laman Pembelajaran VLE dan disediakan Quiz untuk mereka. Di samping itu, pihak PKG juga dapat memperkenalkan PKG kepada sekolah-sekolah yang terlibat.

Sunday, August 14, 2016

MESYUARAT JAWATANKUASA GPB/ICT BIL 2 DAN TAKLIMAT SSQS 2016












8 OGOS 2016 - Mesyuarat Jawatankuasa GPB/ICT dan Taklimat SSQS 2016 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, SMK Paka. Mesyuarat dan taklimat ini melibatkan semua GPB/ICT sekolah-sekolah Daerah Dungun. banyak isu yang telah dibincangkan dan diutarakan  bagi mengatasi isu berkaitan ICT dalam memastikan  kecemerlangan penggunaan ICT di sekolah. Sekolah-sekolah yang mempunyai permasalahan berkaitan pengisian penarafan SSQS telah dibantu oleh pihak PKG bagi memastikan pengisian dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

JAMUAN PERPISAHAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN PKG DAERAH DUNGUN











14 Ogos 2016 - PKG Daerah Dungun telah mengadakan Jamuan Perpisahan sempena pertukaran Ketua PKG Daerah, En Ramli bin Ismail ke PKG Seri Payong. Jamuan ini juga diadakan bagi meraikan pertukaran PTP PKG P.Serai, En Amir bin Jaafar yang telah bertukar ke PKG Teruntum,Pahang. Bagi memeriahkan lagi majlis, pihak PKG telah menjemput Pegawai VOTEK,PPD Dungun, En Che Yusri bin Che Hassim. Jamuan ini telah diadakan secara santai di UiTM Dungun.