"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Tuesday, February 16, 2016

MESYUARAT PENYELARASAN GURU PENYELARAS BESTARI / ICT BIL.1/2016 & BENGKEL PENYELENGGARAAN ICT SEKOLAH DAERAH DUNGUN 2016


               14 Feb 2015, satu mesyuarat bagi guru penyelaras bestari dan guru ict sekolah telah berjaya diadakan bertempat di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Pendaftaraan guru-guru telah bermula seawal jam 8.00 pagi. Bengkel berkenaan penyelenggaraan ict juga telah diadakan selepas mesyuarat dan telah disampaikan oleh PTP 1 PKG Seri Dungun, En. Mohd. Zamani bin Abdul Latif.

Thursday, February 4, 2016

MESYUARAT GURU PENYELARAS MEDIA & BENGKEL PENGURUSAN PSS SEKOLAH DAERAH DUNGUN TAHUN 2016


                3 Feb 2016, PKG Daerah Dungun telah mengadakan satu mesyuarat untuk GPM bertempat di Bilik Chemerong, PPD Dungun. Selepas mesyuarat berkenaan, satu bengkel pengurusan PSS telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada GPM tentang pengurusan pss pada abad 21. Kami telah menjemput En. Mohd. Apandi bin Omar Baki sebagai penceramah bagi menjayakan lagi bengkel berkenaan. Semoga bengkel ini memberi impak yang positif ke arah pembangunan pss di sekolah Daerah Dungun.

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN AKTIVITI PKG DAERAH DUNGUN BIL.1/2016




            2 Februari 2016- Satu Mesyuarat JKPA  PKG Daerah Dungun telah diadakan dengan jayanya bertempat di Bilik Chemerong,PPd Dungun.Mesyuarat ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi dan berakhitr pada jam 1.30 ptg.  Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Dungun. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran En Che Yusri bin Che Hassim, Pegawai VOTEK PPD Dungun, En Yusma bin Yusof ,Ketua Unit,UBEST, En Nize bin Mohamad, Ketua Unit UPS dan Tn Hj Akram@Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit UPSP. Turut hadir pegawai perhubungan PKG Daerah Dungun. En Yusma b. Yusof telah menyampaikan sijil kepada sekolah yang telah  mencapai 5 Bintang dalam Penarafan SSQS dan iQ-PSS bagi tahun 2015. Bagi sesi kedua,, semua PKG berpecah untuk meneruskan agenda mesyuarat  peringkat PKG. Satu jawatankuasa baru telah dilantik bagi memimpin JKPA PKG Seri Dungun bagi sesi 2016/2017. Semoga pucuk pimpinan baru ini akan memberi lebih sinar kecemerlangan untuk  sekolah ahli PKG Seri Dungun  . InsyaAllah. TAHNIAH kepada semua.