"SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI PKG SERI DUNGUN. TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI. BERSAMA MENANGANI CABARAN."

Friday, January 29, 2016

SELAMAT BERSARA


Kami warga PKG Seri Dungun mengucapkan Selamat Bersara untuk Tuan PPD Dungun, Tn Haji Bakar bin Jusoh. Semoga Tuan sentiasa beroleh kesejahteraan dan terus sukses dalam setiap lapangan Tuan selepas ini.

Jasamu dikenang
Budimu terbilang
Semangatmu dijulang
Khidmatmu gemilang


Sunday, January 17, 2016

TAKLIMAT PENGAGIHAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2016

  



Tarikh : 12 Januari 2016
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Bilik Mesyuarat, PKG Seri Dungun
Peserta : Guru Perpustakaan & Media sekolah ahli PKG Seri Dungun


Peserta didedahkan mengenai perlaksanaan Program Imersif Tinggi (HIP) dan Program Dwibahasa (DLP) sejajar dengan usaha pengukuhan Bahasa Inggeris di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Mengenai HIP, ia satu program meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris murid melalui peningkatan penggunaan dan penguasaan bahasa itu dalam komuniti sekolah dengan menanam sikap positif kepada murid terhadap pembelajaran dan penggunaan Bahasa Inggeris.



Bagi DLP, ia merupakan program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, sama ada BM atau BI.
 Klik Link : Bahan Taklimat MBMMBI